Awal pagi tadi dia hantar. Boleh la staf syif pagi makan dulu sebelum buat kerja. Cie order untuk 1 jabatan terus. Tu jadi 17 bungkus. 5 Cie punya, 1 untuk bos, 1 untuk adik cleaner dan selebihnya untuk staf yang kerja hari ni.
Cie punya tu buat makan tengahari. Balik rehat tengahari tak perlu singgah beli makanan dah. Balik rumah goreng keropok je.
Nasi lemak kakak ni jual RM3 je ye. Cukup lengkap dengan telur rebus, kacang, timun jepun, ikan bilis goreng dan sambal.
Sambal dia takde ikan bilis. Dia goreng asing. Ikan bilis pun bukan jenis yang murah tu. Kalau beli tempat lain selalu la bagi ikan bilis keras dan besar tu. Memang tak makan la kami.
Susah nak jumpa nasi lemak sedap. Nasi lemak kakak ni memang sedap. Selalu jugak order dengan kakak ni.





11 Ulasan
murah tu harganya. Kalau sy request lauk ayam goreng satu. Jadi harganya jd rm5.
BalasPadamKalau tambah ayam tak dapek la rm5 😁. Harga tu RM3 nasi lemak telur rebus je. Dia takde buat ayam goreng.
PadamAlhamdulillah. Masih ada nasi lemak harga murah.
BalasPadamKalau dah kena dengan tekak boleh order selalu.
BalasPadamMurah juga tu..portion nasi pun nmpk banyak..
BalasPadamAlhamdulillah, murah tu nasi lemak RM3.00. semoga semua pihak yg terlibat dilimpahi rezeki masing² dari berbagai sudut, aamiin
BalasPadamBetuuuul kak. Nasi lemak banyak dijual, tp tak semua sedap. Apalagi saya sering masalah dengan sambal yg manis. Padahal saya sukanya yg pedas. Jadi kalau ketemu nasi lemak sedap, memang happy sangat saya.
BalasPadammurah dengan portion yg banyak tu! selalu nasi lemak rm3 ni saiz dia segitiga kecik tu je!
BalasPadamBaiknya Cie, siap borong sampai 17 bungkus belanja satu jabatan terus termasuk bos dengan adik cleaner. Mesti ceria masing-masing pagi Jumaat tu dapat sarapan nasi lemak sedap sebelum mula kerja. Asbab Cie mudahkan urusan sarapan staf lain, moga dilimpahkan lagi rezeki buat Cie sekeluarga
BalasPadamok sgt tu regenya!
BalasPadammurah tu. cukup lengkap juga. semoga Cie dimurahkan rezeki selalu.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.