Order Nasi Lemak Dari Staf

Cie ada sorang staf yang memang meniaga makanan bila ada orang tempah. Banyak kali jugak la tempah dengan dia. Kebetulan hari ni Jumaat dia cuti terus Cie order nasi lemak 17 bungkus. 


Awal pagi tadi dia hantar. Boleh la staf syif pagi makan dulu sebelum buat kerja. Cie order untuk 1 jabatan terus. Tu jadi 17 bungkus. 5 Cie punya, 1 untuk bos, 1 untuk adik cleaner dan selebihnya untuk staf yang kerja hari ni. 

Cie punya tu buat makan tengahari. Balik rehat tengahari tak perlu singgah beli makanan dah. Balik rumah goreng keropok je. 




Nasi lemak kakak ni jual RM3 je ye. Cukup lengkap dengan telur rebus, kacang, timun jepun, ikan bilis goreng dan sambal. 

Sambal dia takde ikan bilis. Dia goreng asing. Ikan bilis pun bukan jenis yang murah tu. Kalau beli tempat lain selalu la bagi ikan bilis keras dan besar tu. Memang tak makan la kami. 

Susah nak jumpa nasi lemak sedap. Nasi lemak kakak ni memang sedap. Selalu jugak order dengan kakak ni. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. murah tu harganya. Kalau sy request lauk ayam goreng satu. Jadi harganya jd rm5.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Masih ada nasi lemak harga murah.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.