Cie ni memang penggemar kopi tapi bukan la terlalu tegar sampaikan kena minum setiap hari. Takdela ketagih pun. Cuma suka mencuba jela jenama kopi yang baru.
Selalunya kat Lipis ni Zus Coffee, Tea Live, 7E Cafe. Ada jenama kopi lain macam Familymart, Richiamo, Coffeur dan Kopi Saigon tapi tak selalu la Cie beli kat situ. Kalau kedai yang takde apps ni Cie tak suka sangat.
Kalau luar dari Lipis Cie suka Kenangan Coffee, Baskbear, Luckin Coffee, Gigi Coffee. Antara kedai yang Cie pernah beli kopi la. Berderet la apps dalam handphone. Sebelum semua kedai ni ada pernah la Starbuck dan Coffee Bean.
Cie tengok kat threads ramai share buat kopi sendiri guna Moccona Coffee. Cie pun FOMO la jugak kan. Survey harga kat Speedmart dan tengok kat Shopee, so Cie pilih untuk beli di Shopee murah sikit.
Korang boleh beli dari seller ni BabyWhaleHome memang secure la dia packing. Cepat jugak sampai.
Sejak mencuba Moccona Coffee No.10 (Espresso Style), Cie mula faham kenapa ramai yang menggemari kopi segera premium ini. Moccona No.10 mempunyai tahap intensiti yang tinggi, sesuai untuk mereka yang sukakan rasa kopi yang lebih kuat dan aroma yang lebih pekat.
Sepanjang beberapa kali mencuba, Cie menyediakan kopi ini dalam tiga cara berbeza untuk melihat bagaimana rasanya apabila dipadankan dengan jenis susu yang berlainan dan juga tanpa susu.
Iced Americano
Untuk cubaan pertama, Cie hanya menggunakan Moccona No.10 dan air biasa tanpa sebarang susu atau gula. Cie buat 4 sudu teh.
Cie baca kat threads jangan bancuh dengan air panas katanya nanti kopi rasa masam. Tu yang Cie bancuh dengan air biasa je. Lepas tu letak ais.
Di sinilah rasa sebenar kopi dapat dinikmati. Aromanya harum, rasa kopi lebih pekat dengan sedikit kepahitan yang menyenangkan. Walaupun ia kopi segera, rasanya agak hampir dengan Americano yang biasa dijual di kafe jika dibancuh mengikut sukatan yang betul.
Bagi yang memang peminat kopi hitam, Cie rasa ini pilihan terbaik.
Iced Latte - Moccona No.10 + Susu Farm Fresh
Cubaan kedua Cie menggunakan susu segar Farm Fresh. Cie bancuh 4 sudu teh Moccona No.10 dengan sedikit air. Air tu sikit je untuk larutkan kopi je. Susu Cie guna yang kotak kecil tu ngam la dengan tumbler Zus Cie tu. Lepas tu letak ais. Jadi la iced latte.
Gabungan ini menghasilkan kopi yang lebih berkrim dengan rasa susu yang agak menyerlah. Walaupun kopi ini mempunyai karakter espresso yang kuat, susu Farm Fresh berjaya melembutkan sedikit kepahitannya. Hasilnya seimbang dan sesuai diminum pada waktu pagi.
Iced Latte - Moccona No.10 + OATSIDE Milk
Cubaan ketiga pula Cie menggunakan susu OATSIDE. Sukatan sama juga dengan yang farm fresh. Susu semata tanpa gula.
Pertama kali juga Cie minum oatside ni. Bagi tekak Cie rasa pelik. Tak reti la nak describe rasa apa. Kat threads cakap sedap lemak-lemak. Tekak setiap orang berbeza kan.
Iced Latte - Moccona No. 10 + Goodday Full Cream
Percubaan keempat pulak Cie guna full cream milk Goodday. Untuk susu ni dia potong terus rasa kopi tu walaupun Cie guna 4 sudu teh moccona. Mungkin next time kena guna fresh milk kot. Susu kan banyak jenis.
Iced Spanish Latte: Moccona No.10 + Goodday Full Cream + Brown Sugar + Susu Pekat
Cie beli kotak besar Goodday full cream so setiap hari la Cie buat latte. Cuba resipi baru setiap hari. 4 sudu teh moccona, 3g brown sugar (1 sachet), 2 sudu teh susu pekat, susu full cream secukupnya.
Brown sugar tu yang Aik Cheong punya ada 1 sachet Cie guna jela bhat spanish latte Cie. Sedap la tak manis sangat just nice je. Nanti nak repeat lagi.
Pendapat Cie
Secara keseluruhannya, Cie sangat berpuas hati dengan Moccona Coffee No.10. Kopi ini sesuai dijadikan pelbagai jenis minuman sama ada latte, Spanish latte mahupun Americano.
Kalau nak buat spanish latte kena tambah susu pekat atau gula. Gula dan susu segar pun boleh juga. Cie minta resipi kat chatgpt.
Cie lebih suka Iced Latte guna susu Farm Fresh tu. Nanti nak try guna susu jenis lain pulak. Nak cari susu fresh milk. Susu ni banyak jenis. Ada full cream, ada low fat.
Kalau korang mencari kopi segera yang mempunyai rasa lebih premium dan tidak terlalu "kosong", Cie rasa Moccona Coffee No.10 memang berbaloi untuk dicuba. Boleh buat sendiri kopi di rumah atau pejabat.










25 Ulasan
Rupanya ada juga kopi yang tak boleh dibancuh guna air panas. First time tahu ni, dan tak pernah cuba. Sebab kopi Arabica Gayo Aceh yang Kak Amie bagi belum habis. Nanti habis yang itu, boleh lah cuba yang Moccona no 10 ni pula.
BalasPadampernah minum moccona coffee yg classic no 5 ...opismate beli letak kt pantry opis
BalasPadamkawan linda memang pengguna moconna ni, katanya dia tak beku kalau lama tersimpan.. tu yang dia suka.. tapi harga boleh tahan la.. nanti nak cuba juga la..
BalasPadamyang oatside tu, sebab dia dari tumbuhan kan, rasanya memang lain la sikit.
senang la nak bancuh, pakai air biasa je
Moccona ni bau dia sedap, tapi bila dah bancuh bau sedap tu hilang mana x tau...saya pernah beli yg classic no berapa x ingat...
BalasPadamMenarik la sharing Cie ni. Akk dok usha² je dekat 99 tu moconna ni. Nanti nak try beli juga
BalasPadamSelalu jugak nampak Moccona No.10 ni kat rak pasar raya tapi tak pernah terfikir nak cuba. Bila baca review ni rasa terpanggil pulak nak beli. Nanti nak kena cuba jugak ni! 👍✨
BalasPadamOat milk? Nak gugel lah...
BalasPadamThanks Cie share pasal Moccona, first time dengar.
BalasPadamTx kak cie, nanti saya nak coba. Walaupun tak tahu moccona ini ada dijual di sini atau tak. Tapi kopi seperti itu ada juga di sini walau beda brand. Cuma kdg saya nih bingung sukatannya.
BalasPadamKalau dah ditulis begini, jadi memudahkan lah.
Kita samaa, saya pun tak suka outside. Pelik rasanya. LBH suka pakai susu biasa kalau utk kopi
Rajinnya Cie bereksperimen. Ni nanti boleh cuba ikut cara Cie. Dekat rumah ada moccona no 8, tunggu habis nt beli no 10. Tapi macam lambert lagi kot nak habis sebab skrg suka bancuh nes gold.
BalasPadamWahhh..Byk pilihan bleh buat ni. Ofismate sy ada beli kopi ni dkt ofis.
BalasPadambyk ke beza harganya dgn yg kat speedmart tu?
BalasPadamsy selalu nampak kat speedmart je
Peminat kopi silakan.....saya kurang gemar kopi ni. Kopi ni nampak premium juga kan Cie.
BalasPadamLin punya no8, memang minum kopi maconna ni jerr, lagi satu sesuai utk orang ada diabetes.. nanti boleh try no 10 ni pulakk.. ingat semua sama ekk hahahaha
BalasPadamammi memang guna yang ini utk office...kat rumah pakai yang biasa jelah. Tp ammi biasanya buat 1.5 tsp + air panas (utk 1 mug je). Dah terbiasa minum gitu takde pulak rasa masam ke apa.
BalasPadampernah beli,, tapi ingat no. brp...samalah kita, penggemar kopi tapi bukan tegar...
BalasPadamAdik saya beli dan saya pernah cuba Moccona tapi saya tidak ingat no berapa. Saya buat macam kopi susu panas. Tidak tahu pula kena bancuh dengan air biasa.
BalasPadamMZ pernah beli kopi ni sbb nak join contest, tp MZ tak minum so MZ bagi kat adik MZ sbb dia minum kopi
BalasPadamSaya tak pernah cuba lagi yang nombor 10 ni. Suka kalau guna susu farm fresh. Boleh jimat banyak ni kalau buat sendiri.
BalasPadamMoconna ni akak tau pun masa viral waktu PKP tapi tak pernah lah beli lagi. Menarik juga untuk dicuba.
BalasPadamSuka tengok Cie gigih bereksperimen dengan pelbagai jenis susu! Akak pun jenis peminat kopi tapi tak pernah cuba bancuh Moccona guna air biasa/sejuk. Nanti nak try buat Iced Latte guna susu Farm Fresh macam Cie buat, mesti padu rasa kopi espresso dia..memang x leh bancuh panas erk?
BalasPadamMoccona ni dah lama kan brand dia. Dah lama tak beli. Walaupun suka coffee tapi tak pula tau ada yang kena bancuh dengan air biasa. Thanks for sharing Cie
BalasPadamWow dah boleh bukak kedai kopi ni cie. Akak hanya tahu kopi kampung je. Nak lain bubuh Susu pekat nak ais bubuh ais. Layan waktu hujan dengan biskut cap ping pong
BalasPadampernah perasan kat speedmart, packaging dia lawa! tapi sebab saya tk minum kopi, takdelah beli kan
BalasPadamKat warehouse Faa keje, ada free kopi ni. Wangi, tapi rasa dia tak berapa kuat berbanding Nescafe. Sedap minum dengan vanilla atau hazelnut syrup. Pastu tambah cream kat atas. Yumsss.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.