Faiz beli juga kuih muih. Anak-anaknya memang tak cukup la kalau makan nasi lemak je. Cie makan lewat jugak tadi 10.20am baru makan.
Pukul 9 lebih pergi beli ikan patin dulu. Semalam singgah kedai patin tu dah habis. Tu yang pergi semula pagi ni. Cie nak masak pais patin. Lama tak buat pais.
Singgah Mini Ria juga beli tepung beras nak buat celup tepung tengahari ni. Anak-anak cakap lama tak makan. Nak ke Kuantan entah bila. Buat jela sendiri kat rumah.
Adik Rania request nak makan puteri mandi pulak. Tepung pulut ada je kat rumah, gula melaka pun ada. Beli santan kotak jela.
Balik rumah baru la makan nasi dagang. Nasi dagang orang ni memang sedap cukup rasa. Selalu jugak beli. Anak-anak tak makan nasi dagang.
Portion banyak juga nasi tu memang kenyang sangat makan ni. Lunch kang plan masak celup tepung je. Dinner nanti la baru masak nasi.
Takde aktiviti hari ni. Berehat kat rumah je.




2 Ulasan
Memang nampak sedap nasi dagang tu.
BalasPadamSedapnyaaa nasi dagang
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.