Faiz beli juga kuih muih. Anak-anaknya memang tak cukup la kalau makan nasi lemak je. Cie makan lewat jugak tadi 10.20am baru makan.
Pukul 9 lebih pergi beli ikan patin dulu. Semalam singgah kedai patin tu dah habis. Tu yang pergi semula pagi ni. Cie nak masak pais patin. Lama tak buat pais.
Singgah Mini Ria juga beli tepung beras nak buat celup tepung tengahari ni. Anak-anak cakap lama tak makan. Nak ke Kuantan entah bila. Buat jela sendiri kat rumah.
Adik Rania request nak makan puteri mandi pulak. Tepung pulut ada je kat rumah, gula melaka pun ada. Beli santan kotak jela.
Balik rumah baru la makan nasi dagang. Nasi dagang orang ni memang sedap cukup rasa. Selalu jugak beli. Anak-anak tak makan nasi dagang.
Portion banyak juga nasi tu memang kenyang sangat makan ni. Lunch kang plan masak celup tepung je. Dinner nanti la baru masak nasi.
Takde aktiviti hari ni. Berehat kat rumah je.




13 Ulasan
Memang nampak sedap nasi dagang tu.
BalasPadamSedapnyaaa nasi dagang
BalasPadamSama la kita. Ahad ni takde aktiviti sangat. Btw, jemput follow blog saya https://www.spacemaya.com/
BalasPadamSedap2 semuanya...
BalasPadamSerba boleh la Cie ni... Akk bab kuih tradisional macam puteri mandi ni tak pandai buat. Pandai makan je 😁
BalasPadamSekali sekala membeli best jugak =D
BalasPadamSedap tu nasi dagang. Faa muda2 dulu pun tak reti juga makan nasi dagang, kerabu. Duduk jauh baru teringin nak rasa macam2 makanan Malaysia.
BalasPadamsedapnya nasi dagang
BalasPadamSaya kalau dah ketemu menu2 sarapan begini di sana, pasti kalap nak beli Macam2 🤣. Apalagi nasi dagang, nasi lemak, dah laah... Namboh2 itu 🤭
BalasPadamNampak banyak juga nasi dagang.. memang kenyanglah kalau gitu.
BalasPadamterliur nasi dagang! MZ suka jer nasi dagang, tp lagi suka nasi kerabu
BalasPadamBungkus dalam daun pisang macam nasi tumpang.
BalasPadamTak perlu nak stress-stress kat dapur setiap hari, sesekali bagi 'cuti' kat diri sendiri untuk beli je sarapan siap. Lagi syok sebab boleh pilih pelbagai menu yang dah siap terhidang.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.