Sarapan Beli Je Pagi Ni

Hari Ahad takde idea nak masak apa. Tanya 3 beranak tu pun taktau nak makan apa. Sebelum Faiz ke kebun dia tapau je sarapan. Anak-anak request nak makan nasi lemak ayam, Cie nak nasi dagang. 


Faiz beli juga kuih muih. Anak-anaknya memang tak cukup la kalau makan nasi lemak je. Cie makan lewat jugak tadi 10.20am baru makan. 

Pukul 9 lebih pergi beli ikan patin dulu. Semalam singgah kedai patin tu dah habis. Tu yang pergi semula pagi ni. Cie nak masak pais patin. Lama tak buat pais. 

Singgah Mini Ria juga beli tepung beras nak buat celup tepung tengahari ni. Anak-anak cakap lama tak makan. Nak ke Kuantan entah bila. Buat jela sendiri kat rumah. 

Adik Rania request nak makan puteri mandi pulak. Tepung pulut ada je kat rumah, gula melaka pun ada. Beli santan kotak jela. 

Balik rumah baru la makan nasi dagang. Nasi dagang orang ni memang sedap cukup rasa. Selalu jugak beli. Anak-anak tak makan nasi dagang. 



Portion banyak juga nasi tu memang kenyang sangat makan ni. Lunch kang plan masak celup tepung je. Dinner nanti la baru masak nasi. 

Takde aktiviti hari ni. Berehat kat rumah je.




Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Memang nampak sedap nasi dagang tu.

    BalasPadam
  2. Sama la kita. Ahad ni takde aktiviti sangat. Btw, jemput follow blog saya https://www.spacemaya.com/

    BalasPadam
  3. Serba boleh la Cie ni... Akk bab kuih tradisional macam puteri mandi ni tak pandai buat. Pandai makan je 😁

    BalasPadam
  4. Sekali sekala membeli best jugak =D

    BalasPadam
  5. Sedap tu nasi dagang. Faa muda2 dulu pun tak reti juga makan nasi dagang, kerabu. Duduk jauh baru teringin nak rasa macam2 makanan Malaysia.

    BalasPadam
  6. Saya kalau dah ketemu menu2 sarapan begini di sana, pasti kalap nak beli Macam2 🤣. Apalagi nasi dagang, nasi lemak, dah laah... Namboh2 itu 🤭

    BalasPadam
  7. Nampak banyak juga nasi dagang.. memang kenyanglah kalau gitu.

    BalasPadam
  8. terliur nasi dagang! MZ suka jer nasi dagang, tp lagi suka nasi kerabu

    BalasPadam
  9. Bungkus dalam daun pisang macam nasi tumpang.

    BalasPadam
  10. Tak perlu nak stress-stress kat dapur setiap hari, sesekali bagi 'cuti' kat diri sendiri untuk beli je sarapan siap. Lagi syok sebab boleh pilih pelbagai menu yang dah siap terhidang.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.