Sarapan Di Kopi Stesen Hari Pahang Cuti

Hari ni 31 Julai cuti Hari Kelepasan Am sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang. Maka nya yang bekerja di Negeri Pahang ada yang cuti la hari ni termasuk la Cie. So boleh la sarapan di kedai pagi Jumaat. 

Mulanya nak sarapan di kedai tepi sekolah rendah Clifford tu tapi tutup pulak. Anak-anak ajak ke Kopi Stesen. Mujur buka dan tak ramai orang. 


Kalau ke situ menu sama jela takde menu lain dah order. Adik Rania order nasi lemak ayam peha dan teh o ais. Kakak Raisha nasi goreng ayam kepak dan teh o ais. Selera 2 beradik ni sama je. 

Cie order roti bakar dan kopi o ais. Faiz order roti bakar, telur separuh masak dan barli ais. Roti bakar nya failed sikit hari ni rentung sikit luar dalam. 






Siap bersarapan terus ke TF Valuemart dan BS Freshmart beli barang dapur. Takde aktiviti long weekend ni mereput di rumah je. 


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Seronoknya bila sekali-sekala dapat sarapan santai dengan famili waktu orang lain tengah kerja. Menu kids-friendly betul tu, anak-anak dengan nasi lemak/nasi goreng memang tak pisah. Bab roti bakar rentung tu relatable sangat, kadang kedai terlepas pandang sikit, tapi janji kenyang!

    BalasPadam
  2. Duk terbayang roti bakar tu cicah dgn kopi o ais..hahaha

    BalasPadam
  3. Nampaknya esok dan lusa dipenuhi aktiviti memasak.
    Selamat bercuti.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.