Sarapan Di Restoran Kuah

Mulanya pagi tadi nak sarapan di Kopi Stesen. Dah terbayang nak makan roti bakar. Sekali tutup pulak dah. Terus ke Restoran Kuah jela berdekatan dengan BS Freshmart dah senang lepas sarapan terus beli barang dapur. 

Lipis ni tak banyak pilihan kedai sarapan. Lagi-lagi hujung minggu banyak kedai tutup. Kedai yang sama jela walaupun dah jemu. 

Cie tukar order pulak pagi ni. Biasa capati, Cie tukar order mi goreng mamak. Tapi macam mi goreng basah. Tak jadi mamak. Faiz order nasi lemak ayam dan nescafe o suam kurang manis. 

Kakak Raisha order maggi goreng ayam dan teh o ais. Adik Rania order maggi goreng, roti canai dan teh o ais. Banyak makan budak ni. 






Lepas siap makan terus gerak ke BS Freshmart beli stok lauk pauk mingguan. Masih awal lagi singgah kedai Eco, Zus dan DIY. 


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Anak² tengah membesar mmg berselera makan hehe...

    BalasPadam
  2. Banyak gerai/kedai makan tutup hari minggu ya. Asyik terbantut niat makan sesuatu kedai.

    BalasPadam
  3. Ramaja memang kuat makan skrg...diorang nak membesar kan..

    BalasPadam
  4. Sy pun sarapan mee goreng separuh pagi ni =D

    BalasPadam
  5. menu-menu wajib kat restoran mamak tu Cie :)

    BalasPadam
  6. memang menu gini jer kami pun kalau singgah kedai mamak

    BalasPadam
  7. Seusia mereka memang tengah banyaaak makannya. Trus banyak bergerak juga kan 😄👍

    BalasPadam
  8. Ahad lepas kat Kuantan perasan BS Freshmart, terus teringat yang Cie kerap beli barang dapur kat BS. Mungkin kat Pahang je ada sebab tempat akak tak ada supermarket ni.

    BalasPadam
  9. Anak2 sedang membesar. Mee goreng mamak sedapnya

    BalasPadam
  10. hebatnya kakak raisha dah makan megi goreng, bedal pulak roti canai!

    BalasPadam
  11. Wah, nampak menarik betul port sarapan kat Restoran Kuah ni! Bila nama kedai pun dah 'Kuah', mesti pelbagai jenis gulai, sup atau kuah kacang depa memang pekat dan rich dengan rasa.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.