Sarapan Pagi: Lempeng Susu Milo Dan Lempeng Sambal

Pagi ni nak keluar beli barang dapur. Tapi malas nak makan luar. Taktau nak makan apa dah. Jadinya masak sendiri jela lempeng je senang. Anak-anak request nak lempeng susu milo. Cie buat 2 versi. 


Cie bancuh tadi dalam 12 sudu besar tepung gandum, letak garam sikit dan bancuh dengan air. Air tu agak-agak je jangan cair sangat dan jangan pekat sangat. Yang sedang-sedang je baru cantik lempeng kita. 


Letak 1 senduk setengah atas pan, lepas tu lenserkan dengan belakang senduk tu. Cie sapu marjerin sikit kat pan. Cie guna 2 pan. 1 pan burger, 1 non stick pan. Jadi la lempeng kita. 

Untuk lempeng susu milo tu lepas je angkat dari pan tu terus sapu susu pekat dan tabur milo. Lepas tu gulung je. Buat 3 keping je. 

Lempeng biasa tu makan dengan sambal kak Zaidah. Baru ni Cie pergi lawatan ke sana. Dah siap draft posting tu nanti auto publish hari Isnin. Nanti Cie share juga review sambal tu ye. 


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Lempeng peberet bila dah bosan nak buat sarapan berat. Layan dengan sambal sardin.

    BalasPadam
  2. MZ tak pernah masak lempeng...nmpk sedap la lempeng yg cie masak ni...pagi ni MZ masak nasi lemak for bf..tghari nak kuar mkn sambil ronda2 jap lg

    BalasPadam
  3. mama sy suka sgt buat lempeng ni kalau sy blk kg esp kalau dia malas nk masak hehehe selalunya cicah sardin je

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.