Cie masak mi segera goreng. Selalu kita panggil maggi goreng walaupun guna brand lain kan. Cie buat 2 bungkus mi segera Gardenia perisa kari, 2 keping guna mi segera Mamee yang takde perisa tu. Jadi la 4 keping. Bila dah siap masak nampak banyak pulak. Tapi habis je.
Letak isi ayam, fish ball dan kobis bulat ada sikit lagi dalam chiller tu. Tambah telur mata, cili potong kicap cair dan timun. Limau kasturi je lupa nak potong. Dah sama macam maggi goreng Restoran Kuah dah.
Cie goreng juga keropok lekor pemberian jiran minggu lepas. Dia bagi 2 bungkus. Dah goreng sebungkus, habiskan sebungkus lagi.
Alhamdulillah semua habis dimakan. Lepas dah kenyang makan baru la bersiap nak keluar jalan-jalan.
Apa aktiviti korang hari ni?


15 Ulasan
Sedap tu makan mi goreng dengan hirisan cili kicap.
BalasPadamAkak sedang berblog sambil tunggu kereta siap servis di Penang 😀
Maggi goreng tambah Macam2 dalamnya lagi sedap menambah lagi. Terus masuk dapur goreng Maggi.
BalasPadamBanyak goreng megipun habis.
BalasPadamWah keluar pergi mana itu?
Sedap juga mee segera goreng, yg penting habis
BalasPadamhahah sama plak menu bf pg td pun MZ masak mee segera (Indomi!)
BalasPadamHari ni malas betul Linda tinggalkan katil..konon nak jumpa adik dekat Shah Alam, sambil cuba train free..tapi malas.. hahaha..
BalasPadamOK.Esok pagi bleh goreng kepok lekor...=D
BalasPadamElok kejadian telur goreng Cie. Kuning cair. Sedaplah, makan dengan maggi goreng.
BalasPadamMemang bestlah makan mi goreng dengan keropok..
BalasPadamHari ini Sha ke Saujana Utama dengan anak-anak dara..
Sedap tu ada cili potong
BalasPadamsedapnya megi goreng ada telur mata
BalasPadamDah terbiasa panggil mi segera maggie
BalasPadamI love keropok lekor.
BalasPadamOmg keropok Lekor 😍😍😍😍. Favorit saya. Alasan kenapa saya tetap nak pergi ke Terengganu Desember nanti, sebab nak puas2 makan Lekor 😂.
BalasPadamsimple dan mengenyangkan...
BalasPadamso nak jalan-jalan pun senang hati sbb perut dah penuh ;-)
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.