Sarapan Pagi Mi Segera Goreng & Keropok

Pagi ni malas fikir nak makan mana, maka nya masuk dapur masak jela menu apa yang patut sebelum keluar. Sarapan siap-siap kat rumah. Anak-anak ajak berjalan hari ni. Layankan jela. 

Cie masak mi segera goreng. Selalu kita panggil maggi goreng walaupun guna brand lain kan. Cie buat 2 bungkus mi segera Gardenia perisa kari, 2 keping guna mi segera Mamee yang takde perisa tu. Jadi la 4 keping. Bila dah siap masak nampak banyak pulak. Tapi habis je. 


Letak isi ayam, fish ball dan kobis bulat ada sikit lagi dalam chiller tu. Tambah telur mata, cili potong kicap cair dan timun. Limau kasturi je lupa nak potong. Dah sama macam maggi goreng Restoran Kuah dah. 

Cie goreng juga keropok lekor pemberian jiran minggu lepas. Dia bagi 2 bungkus. Dah goreng sebungkus, habiskan sebungkus lagi. 

Alhamdulillah semua habis dimakan. Lepas dah kenyang makan baru la bersiap nak keluar jalan-jalan.

Apa aktiviti korang hari ni? 


Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Sedap tu makan mi goreng dengan hirisan cili kicap.

    Akak sedang berblog sambil tunggu kereta siap servis di Penang 😀

    BalasPadam
  2. Maggi goreng tambah Macam2 dalamnya lagi sedap menambah lagi. Terus masuk dapur goreng Maggi.

    BalasPadam
  3. Banyak goreng megipun habis.
    Wah keluar pergi mana itu?

    BalasPadam
  4. Sedap juga mee segera goreng, yg penting habis

    BalasPadam
  5. hahah sama plak menu bf pg td pun MZ masak mee segera (Indomi!)

    BalasPadam
  6. Hari ni malas betul Linda tinggalkan katil..konon nak jumpa adik dekat Shah Alam, sambil cuba train free..tapi malas.. hahaha..

    BalasPadam
  7. OK.Esok pagi bleh goreng kepok lekor...=D

    BalasPadam
  8. Elok kejadian telur goreng Cie. Kuning cair. Sedaplah, makan dengan maggi goreng.

    BalasPadam
  9. Memang bestlah makan mi goreng dengan keropok..
    Hari ini Sha ke Saujana Utama dengan anak-anak dara..

    BalasPadam
  10. sedapnya megi goreng ada telur mata

    BalasPadam
  11. Dah terbiasa panggil mi segera maggie

    BalasPadam
  12. Omg keropok Lekor 😍😍😍😍. Favorit saya. Alasan kenapa saya tetap nak pergi ke Terengganu Desember nanti, sebab nak puas2 makan Lekor 😂.

    BalasPadam
  13. simple dan mengenyangkan...
    so nak jalan-jalan pun senang hati sbb perut dah penuh ;-)

    BalasPadam
  14. Menu simple tapi sedap.. Plus kenyang lagi. Aaa nak cari kopok lekor laaa.

    BalasPadam
  15. Sampai 4 keping banyak juga hasilnya... puaslah makan.
    Semalam Sabtu lepak rumah layan KDrama.

    BalasPadam
  16. Sedap ni, maggi goreng style Cie. Ada keropok lekor pulak, yumm

    BalasPadam
  17. Akak pun sama..kalau xde idea buat je maggi goreng...

    BalasPadam
  18. Ringkas tapi guilty pleasure sangat kombo mi segera goreng + keropok ni! Makan pulak sambil pekena teh/kopi panas pagi-pagi, memang 'booster' mood yang padu untuk mulakan harian.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.