Singgah 2 7E Cafe Pagi Tadi

Alkisahnya mula-mula Cie singgah 7E Cafe Bukit Residen. Yang laluan dari sekolah kakak Raisha ke hospital. 

Cie pun ambil la cheese baked macaroni dan terus ke kaunter. Order juga promo curry puff buy 3 free 1 tu. Sebut je nak order latte adik cashier tu cakap kopi takde, air takde katanya. Laaaa kalau tau tadi terus je ke 7E Bandar Baru. 

Sekarang 7E Cafe dah tak guna sistem kad kalau kita nak order apa-apa, atas kaunter ada menu boleh tengok situ. Tu yang taktau kopi takde. Kalau guna kad dulu mereka akan terbalikkan kad so kita tau la item tu takde. 


Settle bayar Cie tunggu curry puff dipanaskan. Lama sikit kat 7E Bukit Residen ni budak sekolah ramai membeli. 7.13am keluar dari situ sempat lagi pergi ke 7E Cafe Bandar Baru nak beli latte. 

Cie pun pecut ke 7E Cafe masih awal lagi nak scan face masuk kerja. Waktu kerja flexi boleh masuk antara 7.30-9.00am. Balik kena ikut waktu masuk mesti cukup 9jam.

Sampai 7E BB takde orang pun. Ada sorang je sama-sama sampai dengan Cie, budak sekolah. Cie suka ke situ cepat cuma tu la item banyak takde. Rak sandwich pun dah nak kosong, curry puff pun nampak tinggal 2 je. Minggu lepas habis curry puff nya. Laku sangat kot ataupun memang stok sikit. 

Cie beli Iced Latte dan Iced Caramel Latte. Cie nak belanja IK hospital yang tolong Cie untuk persampelan makanan hari ni. Saja jela nak belanja dia walaupun tu tugas dia. Hihi. Dia tolong register sample dalam sistem FOSIM. Cie dan staf Cie akan ambil sample. 


Cie belanja dia Iced Latte dan curry puff. Mujur dia memang minum kopi. So ok la rezeki dia. 


Selesai membeli dari 7E 7.22am. So masih banyak masa lagi sebelum 7.30am. Sampai hospital 2 minit je dari Bandar Baru kalau traffic light depan hospital tu hijau. Face scan 7.24am. So petang boleh balik ngam 4.30pm nak ambil kakak Raisha habis koko.

Lunch time Cie tak balik anak-anak stay terus kat sekolah sampai petang tu yang Cie terus beli makanan lunch. Malas nak balik rumah dah.


Last nya tak sempat juga makan lagi curry puff beli pagi tadi. Makan je lunch. Pasta Cie beli tu bawak balik rumah je. 


Lunch time tak balik jadinya mereput saja la di office sejam sambil menikmati curry puff dan Iced Caramel Latte. Rumah dekat je dalam 10-15 minit. Tapi sebab takde urusan ambil anak sekolah tu yang stay jela kat office. Kalau keluar kena cari parking semula nanti. 


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Budak2 sekolah pun dah belanja kat 7E
    Banyak wang saku mereka.

    BalasPadam
  2. Rezeki Cie, rumah dgn ofis dekat. Tapi kalau sejam je rehat baik duduk ofis je kan. Unless ada urgent matters nak kena balik rumah.

    BalasPadam
  3. Dulu saya suka ke sini, tempat nak beli relod phone talian hayat internet..memang ada ja istemewa di cafe 7E ni..dan 24 jam operasi..

    BalasPadam
  4. Ada beza harga kan, jika kat 7E ja ada ..nak kata apa kena beli juga..

    BalasPadam
  5. Salfok liat warna baju kak cie, sukaaaa. Krn saya penyuka purple 🤭.

    Nanti ke KL saya hrs mampir ke Sevel. Nak coba currypuff nya 😄❤️

    BalasPadam
  6. Dekat je rumah dan hospital. Betullah kalau balik rumah nanti ke hospital kena cari tempat letak kereta.

    BalasPadam
  7. Kita suka latte ais + sandwich mayo telur.. makan banyak² pun boleh😅😅

    BalasPadam
  8. Adoii seram g 7e ni... baru² ni singgah bkfs ngan uyum, tau² dekat rm30 habis camtu je hahah serammm iter wak 🤣🤣🤣

    BalasPadam
  9. Mujur ada cawangan satu lagi! Karamel latte dengan curry puff tu memang kombinasi mantap buat teman 'mereput' waktu lunch kat ofis. Betul Cie, kalau lunch hour tak ada urusan anak, lagi tenang rehat kat ofis je layan caramel latte daripada pening kepala nak hadap trafik & cari parking semula petang nanti. Hehe

    BalasPadam
  10. 7e memang banyak pilihan makanan. Kalau di area perumahan dan sekolah memang laku macam di area Indera Mahkota

    BalasPadam
  11. Kalau tempat Sis sini, ramai betul kalau amsuk 7E, sebab dekat dengan Poli.. so memang penuh kalau eprgi, rimas pulakk

    BalasPadam
  12. I jam rehat kat ofis boleh tidur tu Cie😆

    BalasPadam
  13. Budak2 sekarang dah gemor lepak kat cafe 7e.dah le Macam2 ado

    BalasPadam
  14. Sha pun suka pergi 1 7E ini.. Tapi tu lah, kadang tak bila tak ada kenalah ke 7E lain..

    BalasPadam
  15. Sedapnyaaa latteee. My favv. Nice la kaler ni dengan Cie.

    BalasPadam
  16. MZ dh lamaaa tak singgah mana2 7-11

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.