Singgah 7E Beli Sandwich

Pagi ni lepas hantar kakak Raisha ke sekolah Cie terus ke 7E Cafe Bandar Baru. Takmau dah pergi 7E yang hari tu nanti kalau cashier baru tu dia taknak buat dalam tumbler. 


Kalau ikutkan lagi jimat cup mereka kita dah guna tumbler sendiri. Lagipun kalau dalam tumbler ni lama la sikit ice tu sejuk. Dalam cup cepat je cair ais. 

Cie nak beli sandwich guna voucher beli 6 percuma 1. Nak belanja staf makan sandwich 7E. Lepas tu Cie nak beli curry puff beli 3 percuma 1 tu dah habis pulak kat situ. 


Order juga americano ice. Hari Rabu ada diskaun untuk beberapa jenis kopi. Tu yang Cie selalu ke 7E hari Rabu. Ada la beberapa offer lain juga. 


Insulated bag Zus, tumbler Zus tapi beli 7E. Hihi

7E Cafe Bandar Baru ni kecik je jadi banyak item takde. Yang besar kat area rumah Cie dan yang Cie selalu singgah laluan dari sekolah kakak ke hospital. Yang bandar baru tu dekat juga dari hospital dan tak ramai orang. Cie tadi dengan ada aunty chinese je jadi cepat la nak beli. 


Lepas siap beli terus ke hospital scan face awal la jugak dalam 7.15am rasanya tadi scan. Masuk kitchen panaskan sandwich. 




Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. sekrg 7E dah jauh, yg ada MyNews...huhu..bagus cashier tu kan, layan customer...dlm cup atau dalam tumbler...ada sale jg tu..

    BalasPadam
  2. Padahal sebelum ke KL kemarin dah niat hrs ke Sevel, tp tak sempaaaat.padahal hotel saya dekaaat dengan Sevel 😂.

    Nanti Dec akan 2 Minggu di Malaysia, jadi memang hrs lah coba sarapan di sini 😄. Dah rindu sandwich nya

    BalasPadam
  3. Oh Rabu ada banyak diskaun ya. Tapi kan senang buat dalam tumbler je.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.