Lunch 15 Ogos 2026: Nasi Kukus Udang Galah Kuala Lipis

Balik dari servis kereta kat Bentong 15 Ogos yang lepas, Faiz ajak makan kat kedai baru Nasi Kukus Udang Galah. Kami pun on je. Mulanya anak-anak taknak makan tapi makan jugak la. 

Waktu kami sampi tu dalam pukul 2. Tak ramai orang cuma ada 1 family je tengah menunggu makanan. Kedai ni di atas bangunan JPAM Lipis, Taman Cheneras Jaya. Kena order di kaunter, bayar terus dan makanan akan dihantar ke meja. 



Kakak Raisha taknak makan. Adik Rania pun kata kenyang so dia nak share je dengan ibu. So Faiz order 2 set jela. 1 set nasi kukus udang galah sambal tumis, 1 set nasi kukus masak lemak. Dalam set ni ada air teh o ais atau sirap ais. Adik Rania nak kentang goreng je Faiz order 1. Tambah 2 lagi teh o ais. Air 3 beranak tu habis, air sirap Cie tak habis bawak balik rumah je. 





Bila makanan sampai je Cie suruh adik Rania makan dulu nanti Cie habiskan. Dia makan habis ye nasi tu katanya sedap. Hahahah. Kena la tambah nasi kosong je 1, udang tu masih ada. Setiap set ada 3 ekor udang. 

Cie pun share dengan kakak makan nasi separuh sorang. Dalam 1 set tu ada salad, timun, telur masin, sambal dan sayur campur. Sedap cuma udang sambal tu macam tak masak udangnya. 

Menu air banyak kat menu board tu rupanya belum ada lagi. Air biasa je ada. 



Lepas makan kami pun gerak balik. Kekenyangan dah memasing. 



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. menarik la set nasi dan udg galah ni.rege pun ok jer tu!

    BalasPadam
  2. Udang galah seekor pun dah mahal kan Cie. Kat tempat kami set nasi goreng udang galah je harganya dekat RM,20 'ke atas. Ada beberapa ekor la jugak.

    BalasPadam
  3. Nampak menarik menunya berasaskan udang galah begini.

    BalasPadam
  4. Wahhh.. lain ni..nasi kukus dengan lauk udang galah...

    BalasPadam
  5. Saya terbayangkan nasi kukus udang galah ni, udangnya goreng rempah jugak macam nasi kukus ayam berempah 😅

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.