Waktu kami sampi tu dalam pukul 2. Tak ramai orang cuma ada 1 family je tengah menunggu makanan. Kedai ni di atas bangunan JPAM Lipis, Taman Cheneras Jaya. Kena order di kaunter, bayar terus dan makanan akan dihantar ke meja.
Kakak Raisha taknak makan. Adik Rania pun kata kenyang so dia nak share je dengan ibu. So Faiz order 2 set jela. 1 set nasi kukus udang galah sambal tumis, 1 set nasi kukus masak lemak. Dalam set ni ada air teh o ais atau sirap ais. Adik Rania nak kentang goreng je Faiz order 1. Tambah 2 lagi teh o ais. Air 3 beranak tu habis, air sirap Cie tak habis bawak balik rumah je.
Bila makanan sampai je Cie suruh adik Rania makan dulu nanti Cie habiskan. Dia makan habis ye nasi tu katanya sedap. Hahahah. Kena la tambah nasi kosong je 1, udang tu masih ada. Setiap set ada 3 ekor udang.
Cie pun share dengan kakak makan nasi separuh sorang. Dalam 1 set tu ada salad, timun, telur masin, sambal dan sayur campur. Sedap cuma udang sambal tu macam tak masak udangnya.
Menu air banyak kat menu board tu rupanya belum ada lagi. Air biasa je ada.
Lepas makan kami pun gerak balik. Kekenyangan dah memasing.









16 Ulasan
menarik la set nasi dan udg galah ni.rege pun ok jer tu!
BalasPadamSedapnya set udang galah
BalasPadamUdang galah seekor pun dah mahal kan Cie. Kat tempat kami set nasi goreng udang galah je harganya dekat RM,20 'ke atas. Ada beberapa ekor la jugak.
BalasPadamNampak menarik menunya berasaskan udang galah begini.
BalasPadamWahhh.. lain ni..nasi kukus dengan lauk udang galah...
BalasPadamSaya terbayangkan nasi kukus udang galah ni, udangnya goreng rempah jugak macam nasi kukus ayam berempah 😅
BalasPadamKalau dah menu udang, saya nih kalap biasanya 🤣🤣. Bisa2 ntah pesan 2 porsi udang sendiri hahahahah. Memang sukaaa sangat kalau dah udang ðŸ¤. Mau dimasak apapun, pasti habis
BalasPadamSedap nampak nasi kukus udang galah. Kalau seafoods ni anak KSarie, si A itu yang suka sangat
BalasPadamTak pernah dengar lagi nasi kukus udang galah. Selalu ayam atau daging je.
BalasPadamOkayla luas makan kan walaupun sharing2 je
meriah udang galahnya
BalasPadamSesekali tukar selera, biasa NK ayam... udang galah pulak.
BalasPadamNampak ada sambal 5 benua kat banner.
Pergh, menggiurkan betul pekena Nasi Kukus Udang Galah kat Lipis ni!
BalasPadamMenarik betul menu nasi kukus udang galah ni Cie! Selalu jumpa nasi kukus ayam berempah je, sekali-sekala tukar pekena udang galah memang mantap.. tapi satu je la risau x cukup kan..biasa udang x jadi lauk kalau Kak SA la... Nampak berbaloi jugak dapat 3 ekor udang per set..
BalasPadamSedappp
BalasPadamMenarik ni lauk udang galah. Suka makan udang galah daripada udang biasa. Rasa dia manis lagi, lagi-lagi kalau udang galah sungai. Harga pun macam okay je berpatutan. Sana udang galah murah-murah kot ek Cie.
BalasPadamPeminat udang hadir =)
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.