Majlis Pertunangan Ziyad & Zatul

9 Ogos yang lepas telah berlangsung majlis pertunangan anak saudara Cie, Ziyad bersama pasangannya Zatul. Lama dah mereka bercinta tu. Berapa kali terputus hubungan dah. 


Zatul ni pun sebenarnya saudara kami jugak. Arwah atok Zatul tu saudara dengan arwah ayah Cie. Masa mereka bercinta tu taktau pun. Bila dah lama berkawan tu baru la tau saudara. Tu yang both family suka je sebab dah kenal each other. 

Majlis pertunangan dibuat di rumah keluarga perempuan. Dekat je dalam 15 minit dari rumah kami. Mengikut jejak Cie ni cari jodoh dekat-dekat je. Hihi. 

Hantaran dulang semua dibuat oleh Zatul. Kami cuma ubah sikit-sikit jela malam sebelum majlis pertunangan tu. Hantaran dari pihak lelaki 5 dulang berbalas 7 dulang. Dari kami sirih, cincin, kain sembahyang, buah dan kek. Cie sponsor kek. Sirih Kak Ngah yang gubah. Mulanya dia buat patern lain tapi tak ngam dengan dulang so kena buat lain pulak la malam tu. 








Tema sebelah lelaki, Kak Long pilih warna maroon. Cie beli baju kat Shopee je. Anak-anak pakai baju lama. Order baju size S untuk anak-anak, besar pulak. So Cie pakai baju adik, baju kakak Raisha bagi kat kakak Cie yang Perak tu. Baju size S tapi cutting besar. Belah perempuan warna coklat cream. 

3 dari sebelah kanan tu je mak saudara pupu dan cucunya. Yang lain tu semua adik beradik Cie, ipar, anak saudara

Dari kiri abang Cie nombor 5, duduk kat tengah Kak Long, berdiri sebelah kanan kakak nombor 6, duduk dari kiri Kak Ngah, duduk dari kanan kakak nombor 7

Geng dulang boy orang + lebih 2 orang. Ramai juga cucu lelaki ayah dan mak. Ni belum semua balik

Family Cie

Ziyad ni anak KakLong Cie. Sorang je takde adik beradik. Masa kecik memang selalu ikut Cie ke mana-mana. Cie selalu bawak mak Cie jalan rumah kakak dan abang. Ziyad memang sentiasa ikut la opah (mak Cie cucu-cucu panggil opah). Besar dah menjadi tunangan orang dah.


Tempoh pertunangan setahun. Zatul masih belajar, sambung Master pulak. Kiranya tahun depan la majlis pernikahannya. 

Jurucakap sebelah Cie abang Cie yang duk Pekan tu. Dia la mewakili Kak Long dan abang ipar Cie. Sebelah perempuan ada Ketua Kampung yang menjadi juruacara. Perbincangan berlangsung sekejap je, tarikh pernikahan pun tak dibincangkan. Tu kemudian la antara mereka akan bincangkan. 

Selesai majlis perbincangan kami dijemput menjamu selera. Ada pelbagai menu kampung dan dessert table disediakan. Meriah juga walaupun jemputan adik beradik je. Adik beradik keluarga mak ayah sebelah Zatul ramai juga. 




Kami 6 beradik je yang ada. Abang Terengganu dan kakak Penang tak dapat balik. Keluarga belah abang ipar Cie dari Pekan pun ada. Abah Ziyad orang Pekan. Side kami dalam 50 orang jugak kot. Kak Long la ramai sangat nak jemput. Tu yang jadi ramai. Kereta dalam belas biji juga termasuk kawan-kawan Ziyad. 

Dalam pukul 12 lebih kami gerak balik rumah. Bawak 7 dulang hantaran dari belah perempuan. Kakak Bentong dan abang Pekan terus gerak balik selepas majlis. Cie dan kakak Perak balik rumah ayah. Malam baru Cie gerak balik rumah sendiri selepas dinner. 



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tahniah Ziyad & Zatul! Bagus betul jodoh rupanya saudara sendiri, patutlah kedua-dua keluarga sepakat dan suka sangat. Semoga dipermudahkan urusan sepanjang tempoh bertunang ni.

    BalasPadam
  2. Kalau dah jodoh tak kemana walaupun dah beberapa kali putus tu. Dapat jodoh dekat senang nak balik kampung nanti kan. hihi...

    Cantik gubahan Zatul buat. Kemas tengok gubahan sirih junjung tu. Sekarang orang guna sirih plastik je lebih mudah tak payah nak cari daun sirih dah.
    Cantik tema pasangan dan juga keluarga. matchy² gitu.
    Alhamdulillah.. majlis berjalan dengan baik. Semoga Allah permudah segala urusan seterusnya. Aamiin...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.