Menu Dinner 16 Ogos 2026

Hari ni seharian berbaring. Bangun untuk mandi, solat, makan je. Memang berehat sepenuhnya. Cie kurang sihat lagi. Takde demam, selsema pun takdela berhingus beria, batuk pun takdela berkahak tu. Macam manjah manjah je.

Mula dengan sakit tekak je Jumaat tu. Cie makan difflam tu dah beransur ok. Ada masa je batuk yang jenis gatal kat tekak sampai berair la mata. Tu yang hari ni rest betul-betul. Sampai 2 kali la tidur hari ni. Waktu tengahari dan petang. Kalau sihat takdela tidur sampai 2 kali. Ada masa tak tidur pun siang hari cuti. 

Seharian la tak masak. Menu dinner Faiz bungkus je. Faiz order nasi goreng daging, Cie order kuetiau kungfu, kakak Raisha order nasi goreng seafood dan adik Rania order nasi goreng pattaya. Lepas Maghrib tadi baru la makan. 





Alhamdulillah terlebih kenyang la kuetiau kungfu Cie selambak kuah. Boleh makan 2-3 orang banyak sangat kuah. Semua makanan sedap je. 


Cie tak tuang semua kuah tu pun banyak dah. Bahan pun meriah ada udang 2 ekor, isi ayam dan sayuran. 


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Semoga cepat sembuh kak cie. Lagi tak sedap badan, makan yg berkuah hangat begitu pasti sedaap 😍.

    BalasPadam
  2. Get well soon.. Kuehtiaw kungfu fav

    BalasPadam
  3. Semoga cepat sembuh Cie.
    Banyak sos NGP tu.

    BalasPadam
  4. Semoga cepat sihat Cie. Kadang rasa lemah tu rasa nak berehat je. Dapat lah betul-betul rehat tu kan. Bagus peniaga tak kedekut. Banyak porsi makanan tu boleh makan kongsi-kongsi.

    BalasPadam
  5. moga beransur sembuh.. signal juga tu, badan nak rest.. hihihi

    BalasPadam
  6. Fuuu, kuetiau kungfu kuah melimpah memang nikmat! Makan panas-panas waktu kurang sihat auto segar balik kan.

    BalasPadam
  7. Nasi goreng daging tu sedap 😍😍

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.