Mula dengan sakit tekak je Jumaat tu. Cie makan difflam tu dah beransur ok. Ada masa je batuk yang jenis gatal kat tekak sampai berair la mata. Tu yang hari ni rest betul-betul. Sampai 2 kali la tidur hari ni. Waktu tengahari dan petang. Kalau sihat takdela tidur sampai 2 kali. Ada masa tak tidur pun siang hari cuti.
Seharian la tak masak. Menu dinner Faiz bungkus je. Faiz order nasi goreng daging, Cie order kuetiau kungfu, kakak Raisha order nasi goreng seafood dan adik Rania order nasi goreng pattaya. Lepas Maghrib tadi baru la makan.
Alhamdulillah terlebih kenyang la kuetiau kungfu Cie selambak kuah. Boleh makan 2-3 orang banyak sangat kuah. Semua makanan sedap je.
Cie tak tuang semua kuah tu pun banyak dah. Bahan pun meriah ada udang 2 ekor, isi ayam dan sayuran.






9 Ulasan
Semoga cepat sembuh kak cie. Lagi tak sedap badan, makan yg berkuah hangat begitu pasti sedaap 😍.
BalasPadamGet well soon.. Kuehtiaw kungfu fav
BalasPadamSemoga cepat sembuh Cie.
BalasPadamBanyak sos NGP tu.
Semoga cepat sihat Cie. Kadang rasa lemah tu rasa nak berehat je. Dapat lah betul-betul rehat tu kan. Bagus peniaga tak kedekut. Banyak porsi makanan tu boleh makan kongsi-kongsi.
BalasPadammoga beransur sembuh.. signal juga tu, badan nak rest.. hihihi
BalasPadammoga cepat sembuh cie
BalasPadamFuuu, kuetiau kungfu kuah melimpah memang nikmat! Makan panas-panas waktu kurang sihat auto segar balik kan.
BalasPadamshafakillah utk cie
BalasPadamNasi goreng daging tu sedap 😍😍
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.