Mula dengan sakit tekak je Jumaat tu. Cie makan difflam tu dah beransur ok. Ada masa je batuk yang jenis gatal kat tekak sampai berair la mata. Tu yang hari ni rest betul-betul. Sampai 2 kali la tidur hari ni. Waktu tengahari dan petang. Kalau sihat takdela tidur sampai 2 kali. Ada masa tak tidur pun siang hari cuti.
Seharian la tak masak. Menu dinner Faiz bungkus je. Faiz order nasi goreng daging, Cie order kuetiau kungfu, kakak Raisha order nasi goreng seafood dan adik Rania order nasi goreng pattaya. Lepas Maghrib tadi baru la makan.
Alhamdulillah terlebih kenyang la kuetiau kungfu Cie selambak kuah. Boleh makan 2-3 orang banyak sangat kuah. Semua makanan sedap je.
Cie tak tuang semua kuah tu pun banyak dah. Bahan pun meriah ada udang 2 ekor, isi ayam dan sayuran.






1 Ulasan
Semoga cepat sembuh kak cie. Lagi tak sedap badan, makan yg berkuah hangat begitu pasti sedaap 😍.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.