Sebenarnya lama dah kami tak makan CC ni last makan lunch di Chicago Chicken tahun 2024. Punya la lama boikot sebab bad service mereka masa tu. Cie siap review kat google. Memang banyak view review Cie tu. Bukan nak jatuhkan service mereka pun, just nak mereka improve je.
Sekarang tak sure dah ok ke tak. Tadi pun order via Food Panda je. Malas nak masak, malas nak keluar cari makanan lunch tu yang order FP jela senang tunggu sampai depan rumah je. Ada diskaun RM12 dan free delivery. Lebih kurang sejam sampai dah makanan. Rider letak atas gate je. Cie tick yang leave at the door.
Anak-anak nak 2pcs combo. Sorang nak original, sorang nak spicy. Cie ada request part pun tak dapat. Budak-budak ni makan je kalau tak dapat tu. Tambah juga cheezy wedges. Cie order burger combo.
Makanan sampai tadi kami terus makan je. Dah pukul 1 masa tu anak-anak dah lapar. Duk sesaja kat rumah memang cepat lapar.
Cie pun berehat betul la ni tak payah masak lunch. Mengadap blog, blogwalking, update blog entri untuk schedule minggu depan. Terisi la juga masa di hari cuti.




4 Ulasan
Ok first time tau chicago chicken ni.. mcm x pernah nmpk.kat KL ni ke saya yg x pasan hehe... ok klu terjumpa bole try juga nnt ni
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamFirst time tau ada Chicago Chicken. Nanti nak buat siasatan kot ada belah-belah Lembah Klang ni
BalasPadamSedap tak ea ayam dia? Belum pernah cuba
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.