Cie suka sambal ikan masin tu. Anak-anak Cie pun suka sambal tu. Makan dengan nasi kosong je memang sedap, regu dengan telur dadar. Tak payah lauk ayam ikan dah.
Sambal penyet ikan bilis tu bagi tekak Cie tak berapa kena. Dah jadi macam sambal bilis jela. Rasa ikan bilis tu dah potong rasa sambal penyet. Cie lebih suka takde ikan bilis.
Kedua-dua sambal ni mengandungi minyak yang banyak. Kena ceduk la minyak tu baru dapat rasa sambal. Minyak tu boleh la guna buat masak nasi goreng sedap juga kot. Mungkin tu cara untuk masak sambal tu lama dan bagi tahan lama kot.
Mudah la ada stok sambal macam ni. Bila-bila takde idea nak masak apa tu boleh la goreng je telur dadar dan makan dengan sambal tu.
Sebotol sambal tu harganya RM18.






14 Ulasan
sambal penyet bilis tu...MZ tunggu nak try yg KA punya..esok launching tu
BalasPadambetul juga kata cie, ada stok sambal begini mudah sikit. takda idea nak masak boleh lawankan dengan telur pun dah ngam
BalasPadamBerbaloi dnegan harga dia kalau sedap.. Boleh dicuba ini.. Sha suka kalau ikan bilis dia banyak..
BalasPadamada baca KA update sambal mmg akan ada byk minyak utk ketahanan lebih lama..esok ramai nk battle sambal nyet bilis KA
BalasPadamJom battle sekali!
PadamMudah ada stok sambal macam ni, makan dengan telur dadar pun dah padu! Minyak tu buat nasi goreng memang sedap.
BalasPadamSaya setuju, kalau sambal penyet tak ada ikan bilis lagi sedap. Biasanya sambal macam ni minyak banyak untuk buatkan sambal tu tahan lama sikit. Bagus juga idea tu minyak boleh guna dalam masakan nasi goreng. Tapi biasanya tercedok juga dengan sambalnya.
BalasPadammenarik.. macam-macam jenis.. Terima kasih sudi singgah & meninggalkan jejak di blog ejulz..
BalasPadamSenarai Pengomen Tegar JULAI 2026
Stok sambal macam ni memang molek ada dekat rumah. Makan dengan telur goreng dan nasi panas pun dah ngam
BalasPadamSenang la cam ni kan?
BalasPadamSaya pernah beli sambal yg ada ikan bilisnya. Tp saya tak terlalu suka, ikan bilis tuh asin, JD sambalnya terlebih Masin bagi saya 😅. Padahal kalau tak ada nulis, pasti sedap.
BalasPadamBanyak sambal memang diksh minyak banyak, untuk buat dia awet. Jadi makannya memang hrs diambil pelan2 supaya minyak tuh tak banyak terikut 😅.
Sambal- sambal ready to eat dalam botol memang keras skit harganya Cie...tapi memang kena ada stok kat rumah sebab kita bukan jenis selalu masak sambal kan...
BalasPadamantara yg ada ni mana yg paling pedas?
BalasPadamPricy jgk harga sebekas tu ye...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.