Sarapan Bihun Goreng Dan Kek Batik

Sekejap je cuti 3 hari weekend ni, dah masuk hari Ahad. Macam biasa kalau hari Sabtu dan Ahad post blog Cie on the spot. Taip dan terus publish. Weekdays saja Cie schedule sebab nak jimatkan masa. 

Ada yang tanya hari tu berapa lama Cie ambil masa nak schedule post untuk 5 hari tu. Tak ambil masa yang lama pun. Cie guna handphone je blogging jadi sambil baring-baring pun Cie boleh menaip. 1 entry tu dalam 15mins je kot kalau takde gangguan. 

Tajuk dan gambar dah ada. Tinggal nak mengarang je. Cie dah target setiap hari minimum mesti ada 1 entri. Blogger biasa-biasa macam Cie ni memang kena update sentiasa baru la orang singgah blog kita. Kalau Cie jarang update, maka jarang la orang singgah kan. 

Dah terpanjang cerita bab blog ni. Padahal nak cerita menu sarapan pagi ni. Cie masak bihun goreng je. Cie guna bihun yang dapat goodies kenduri kahwin hari tu. Berguna jugak dapat makanan pergi kenduri kan. 


Titik bawang putih, hiris bawang besar, fish ball, isi ayam. Tumis je macam biasa. Masuk juga 2-3 sudu cili blend yang dah masak, kicap, sos tiram. Bihun Cie takde sayur. Potong timun je buat ulam, cili potong kena ada nak bagi pedas. Telur dadar gulung pun ada. Memang dah terbiasa buat bihun goreng kena ada telur dadar gulung. Tabur sikit daun ketumbar. 


Cie tak pakai kicap kak Zaidah tu dah pagi ni. Macam masin sikit kicap tu. Pakai kicap Jalen, sos tiram sedang elok ngam je rasa. 

Kek batik buat semalam pun masih ada. Sedap betul makan lembut je, tak manis sangat just nice. 


Siap dah breakfast 9 lebih tadi. IF tanpa dirancang ni. Semalam Cie last makan ayam goreng Chicago adik Rania punya tak habis dalam pukul 5 lebih rasanya. Dinner Cie tak makan dah. Pagi ni sarapan 9 lebih dapat la lebih kurang 15 jam IF. 

Ada juga yang tanya ayam Chicago tu sedap ke? Bab sedap ni subjektif kan. Cie boleh kata rasa lebih kurang Marry Brown.

Ada yang cakap tak pernah nampak Chicago Chicken ni kan. Nah Cie share Outlet Chicago Chicken City. Boleh la korang terjah mana-mana outlet yang ada. Asal dari Kuantan Pahang sejak 2021.


Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.