Macam biasa la sebelum audit kita jemput la tetamu makan sarapan dulu. Rupanya Cie tak snap gambar yang Cie hidangkan untuk auditor tu. Gambar yang Cie snap nak panggil staf makan jela yang ada. Konon nak snap gambar masuk blog. Hampeh lupa rupanya.
Cie order kopi o, mi goreng dan kuih muih dari kantin. Akak kantin tu bagi 3 jenis kuih donut, pau goreng inti kacang dan 1 lagi pastri gulung sardin. Cie siap bawak cili potong dari rumah.
Siap makan sarapan sesi audit pun bermula. Sesi bergambar ramai-ramai dengan semua staf yang bertugas hari kejadian.
Jambu asam boi, limau sunkist, timun dan pegaga tu Cie bawak dari rumah. Alhamdulillah semua sedap menu yang disediakan.
Audit berlangsung sangat lancar dan ada la sikit-sikit penambahbaikan perlu dibuat. Hari audit tu Cie sorang je mengadap auditor. Bos Cie cuti, kakak officemate baru tu cuti kakak dia meninggal. Cie pun memang dah biasa mengadap audit sorang-sorang.
Selesai dah audit untuk tahun 2026, next nanti Cie pulak cross audit ke Hospital Jerantut.






9 Ulasan
Sesuai betul menu tengah hari tu, ayam balado makan dengan kobis masak lemak. Memang sedap!
BalasPadamMenyelerakan tengok masakan kat post ni.
BalasPadammesti senyum lebar auditor ni dijamu dgn mknn sedap2 ;-)
BalasPadamSuka pi kursus sebab makanan sedap2 ...hehehehe
BalasPadamsesi mkn2 tu best! syukur setel semua dh yer urusan audit tu
BalasPadamSeram bab audit ni, nanti nak kena hadap juga lah
BalasPadamNgeri ngeri sedap kalau dah dapat giliran di audit 😂. Teringat zaman kerja dulu di HSBC. Macam hidup tak tenang kalau auditor datang 😅😂. Paling takut kalau yang datang dari kantor pusat di UK 🤣🤣🤣. Pernah sekali kena soalnya hahahahha
BalasPadamAudit... audit... memang takleh lari.
BalasPadamSebab akak dok Accounts Dept... setahun 2 kali. Interim.& final audit.
Penting audit ni, terutama dari sudut pandang pihak ketiga. Kena anggap semua itu peluang untuk tambah baik... jangan nampak cari salah... kalau tak stress jadinya
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.