Menu Dinner 13 September - 18 September 2026

Edisi post menu dinner kembali lagi. Setiap minggu tanpa gagal la Cie share ni. Nak konsisten post macam ni memang kena gigih ye.

Ada setengah orang mereka masak tapi tak suka snap gambar. Cie ni sejak dari pakai handphone ada camera memang suka ambil gambar makanan. Kat Facebook dan Instagram penuh gambar makanan. 

Dulu setiap hari jugak la gigih share menu masakan di FB dan IG tu. Sejak dah tak aktif post kat sana tu la Cie post di blog pulak. Bukan nak menunjuk rajin masak, sekadar nak berkongsi menu, mana tau selepas Cie share dapat la memberi idea kepada yang buntu taktau nak masak apa. 

Cie sendiri pun kalau takde idea nak masak memang tengok post sendiri la mencari idea. Post minggu 13 September hingga 18 September ni hanya 15 September je Cie makan luar dan share post lain. 



13 September 2026

Rasanya macam dah beberapa minggu tak masak asam pedas. Kebetulan semua bahan asam pedas ada kantan, daun kesum, bendi so menjadi la asam pedas ayam. 


Telur dadar bawang, ikan masin, ulam timun dan sambal belacan. Tembikai pun ada makan dengan asamboi. 


14 September 2026

Kalau ada udang, Cie suka masak salted egg. Serbuk salted egg tu sepeket boleh masak beberapa kali. Selagi tak habis kita repeat. 


Salted egg prawn tu kering tak berkuah, so buat la telur mata kicap. Ulam timun dan pegaga, buah jambu asamboi. 


16 September 2026

Cuti hari Malaysia tu lunch dah masak nasi berlauk, dinner buat nasi goreng tomyam jela. Tapi ada ikan bilis goreng pulak. Boleh jela kan. 


Tambah telur mata, ulam timun dan tomato ceri. Dalam nasi goreng dah ada cili potong so tak buat dah cili potong. 


17 September 2026

Makin kering idea taktau nak masak apa, Cie pun buat la ayam kapitan. Pertama kali jugak masak ayam kapitan ni. Kira menjadi la tu. 


Tambah telur dadar, bendi dan peria celup tepung bestari dan ulam timun. Sedap jugak bendi celup tepung bestari tu. 


18 September 2026

Makin malas bila dah masuk penghujung minggu. Tengok kat kabinet stok makanan ada oden tomyam, terus muncul idea masak bihun tomyam je. 


Dalam tomyam tu ada ayam, kobis bulat, carrot dan tomato ceri. Letak daun ketumbar dan bahan asas tomyam. 


Selesai perkongsian menu dinner sepanjang minggu 13 hingga 18 September. Semoga dapat memberi idea untuk korang yang buntu takde idea nak masak. 


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Sebenarnya siapa yg suka sangat dgn telur? Mcm cute pulak kebanyakan menu ada telur..

    BalasPadam
  2. Dalam takde idea memasak tetap la keluar jugak menu yg sedap2 👍🏻 saya takde idea terus bukak grab je hehe

    BalasPadam
  3. Sedap semua menu dinner Cie. Nampak menyelerakan!

    BalasPadam
  4. semuanya sedap2 belaka
    ayam kapitan tu ada beza ke dgn masak kari?

    BalasPadam
  5. Akk pernah makan bendi celup tepung, sedap kalau time panas sbb rangup kan.

    BalasPadam
  6. Sedapp semuanya
    Betul la tu kena rajin , baru menjadi
    Skrg ciknur jd kurang sikit nk snap gambar bila masak
    Sbnya tinggal berdua mkn selalu simple je

    BalasPadam
  7. Kreatif betul Cie, siap buat Ayam Kapitan pertama kali dan menjadi! Bihun tomyam guna oden tu pun idea bijak bila dah penat penghujung minggu. Simple tapi confirm sedap

    BalasPadam
  8. ammi kalau weekdays husband yang masak tapi selalu je lupa nak snap gambar sebab sampai rumah mmg cun-cun time makan. Memang agak rushing sebab nanti yang lelaki nak solat maghrib, alip nak pergi mengaji.

    BalasPadam
  9. Ini memang bisa jadi referensi saya juga untuk idea masak kak. Makanya saya suka baca menu2 yang dibuat teman2. Kadang Oening tahu memikirkan nak masak apa 😅😅

    Udang saus telur asin memang sedap sangaaaat lah 🤤🤤..lama tak makan ini

    BalasPadam
  10. Nak buatlah salted egg prawn..kat dapur ada udang lagi tak sempat masak.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.