Menu Dinner 31 Ogos - 4 September 2026

Kembali kita dalam rancangan cerita menu dinner. Takdela nak menunjuk rajin masak tapi sekadar nak berkongsi idea menu. Mana tau korang yang takde idea nak masak apa tu boleh dapat idea dari blog post Cie. 

Kali ni Cie nak share menu dinner yang Cie masak dari 31 Ogos hingga 4 September 2026. Menu untuk 5 hari. Menu Cie simple je yang semua orang boleh masak dengan cara sendiri. 




31 Ogos 2026

Rajin pulak masak cuti hari merdeka tu. Tapi masak yang simple jela takde menu nasi. Cie masak mi goreng je. Cie selalu masak mi goreng untuk dinner. Jarang masak mi goreng untuk breakfast. 


Kalau ada mi goreng mesti la ada juga telur mata, cili potong dan juga limau kasturi. Keropok pun ada tapi versi keropok segera Cie beli di Shopee. Yang kecik-kecik tu senang terus makan je tak payah nak goreng dah. Buah tembikai asam boi untuk pencuci mulut. 


1 September 2026

Lama tak buat asam picit. Weekend tu suruh Faiz beli ikan dan Cie bakar je ikan tu. Terung Cie celur je, baby timun dan salad. 


Adik Rania tak makan ikan bakar tu. Kakak Raisha je pandai makan cicah asam picit tu. Cie buat jugak sup ayam. Anak-anak Cie sejenis suka makan berkuah. Menu gini pun dah sedap sangat kan.


2 September 2026

Hari anniversary takde menu special pun. Breakfast dan lunch dah makan nasi lemak homemade. Tu yang dinner masak simple jela. 

Cie masak mi segera kari je. Cie guna 2 peket mi segera kari Gardenia dan 2 keping yang Mamee. 


Tumis bawang putih, bawang besar je. Letak juga cendawan shitake, bebola ikan dan cili potong. Masukkan juga daun ketumbar frozen. Menambah-nambah semua makan. 


3 September 2026

3hb tu kakak Cie yang kat Bentong tu tidur kat rumah Cie. Dia datang dengan anak sulungnya. Tu yang masak banyak sikit la. Faiz takde masa ni dia ke Temerloh ada kursus. So kami dinner berlima jela. 


Cie masak ayam masak lemak, sambal tumis petai, telur masin, buncis goreng kicap, ulaman timun dan salad, sambal tempoyak. 

Sambal tumis petai tu lebihan masa Cie buat menu nasi lemak tu. Cie simpan kat dalam fridge. Cuma panaskan dan tambah petai. 


4 September 2026

4hb kami dinner 3 beranak je. Faiz ke Kuantan. 
Cie masak nasi goreng letak bunga kantan, serai, carrot. Wangi la bau ala-ala nasi goreng kerabu yang tak cukup bahan. 


Cie buat telur dadar, timun, salad dan cili potong yang kena ada kalau menu nasi goreng. Cie dengan kakak Raisha je makan cili potong. Adik Rania makan dengan sambal belacan. 

Macam biasa keropok segera pun ada. Cie beli kat Shopee sejak stok keropok kering dah habis. Lagi senang beli yang segera ni tak payah nak goreng dah boleh terus makan. Cie share dengan korang link kot ada yang nak beli. 



Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Saya suka dinner 3 sept, meriah betul 👍

    BalasPadam
  2. Tgk sup ayam..Trigt sup kaki ayam...=D

    BalasPadam
  3. Sedapnya ikan bakar makan cicah asam picit tu. Kita ni jenis makan lauk kering, kalau ada makan berkuah kena masaklah juga menu berkuah kan.
    Kalau maggi tu memang sedap lagi ditumis. Baru berselera makan. Tambah pulak banyak rencah tu.
    Tetamu datang haruslah meriah hidangan di rumah kita. Gabungan lauk sedap tu ayam masak lemak cili api dan sambal tumis petai.

    BalasPadam
  4. Maggi kari ada letak cendawan dan banyak bahan, sedapnya... 🤤

    BalasPadam
  5. linda pun dah mula memasak ni.. untuk lauk lunch, habiskan la sampai malam.. kikiki

    BalasPadam
  6. megi tu menggiurkan! lambat lagi MZ nak boleh mkn megi ni hhahahah kena bertabah lah menahan nafsu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.