Menu Lunch Cuti Hari Malaysia

Memang mereput di rumah jela hari ni takde ke mana. Ingatkan nak cari promo Hari Malaysia tengok Zus tapi tak best pulak air yang promo RM16.90 dan kena pick up. Malas nak keluar. 

Ingatkan masak 2 jenis menu sarapan pagi tadi roti bakar cheese dan spageti dah tak payah masak lunch, tetiba lapar nasi pulak. Maka nya masuk dapur masuk jela menu terpaling simple. 


Cie masak telur dadar, ikan bilis petai, ulam timun dan tomato ceri. Tu jela yang paling senang. Nasi pun masak sikit je. Buat alas-alas perut je nanti dinner nak makan nasi lagi kan. 


Hari cuti tak buat apa memang perut terasa lapar jela. Lepas tu tidur. Tu jela aktiviti. Mengadap blog memang rutin hari cuti dah. Blogwalking dan tulis draft entri. Ada la juga entri yang Cie terus post je. 


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Sedapnya ikan bilis petai. Na tak masak lagi ni, makan nasi goreng je pagi tadi.

    BalasPadam
  2. Jambu dengan asam boi tuuuu... terliur weh!

    BalasPadam
  3. Sedap pulak tengok buah jambu asam boi tu.

    BalasPadam
  4. 😍 Masakan rumah tetap ada aura tersendiri, nampak sederhana tapi bila makan bersama keluarga terus jadi istimewa.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.