Menu Lunch Cuti Hari Malaysia

Memang mereput di rumah jela hari ni takde ke mana. Ingatkan nak cari promo Hari Malaysia tengok Zus tapi tak best pulak air yang promo RM16.90 dan kena pick up. Malas nak keluar. 

Ingatkan masak 2 jenis menu sarapan pagi tadi roti bakar cheese dan spageti dah tak payah masak lunch, tetiba lapar nasi pulak. Maka nya masuk dapur masuk jela menu terpaling simple. 


Cie masak telur dadar, ikan bilis petai, ulam timun dan tomato ceri. Tu jela yang paling senang. Nasi pun masak sikit je. Buat alas-alas perut je nanti dinner nak makan nasi lagi kan. 


Hari cuti tak buat apa memang perut terasa lapar jela. Lepas tu tidur. Tu jela aktiviti. Mengadap blog memang rutin hari cuti dah. Blogwalking dan tulis draft entri. Ada la juga entri yang Cie terus post je. 


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Sedapnya ikan bilis petai. Na tak masak lagi ni, makan nasi goreng je pagi tadi.

    BalasPadam
  2. Jambu dengan asam boi tuuuu... terliur weh!

    BalasPadam
  3. Sedap pulak tengok buah jambu asam boi tu.

    BalasPadam
  4. 😍 Masakan rumah tetap ada aura tersendiri, nampak sederhana tapi bila makan bersama keluarga terus jadi istimewa.

    BalasPadam
  5. wahh tgk ikan bilis petai tu sungguh mancongkam., hehe

    BalasPadam
  6. Wak pun lauk ikan bilis goreng bawang hari ni.
    Tapi tak letak petai (sebab wak tak makan petai), campur dengan kentang pulak.

    BalasPadam
  7. Akk kalau masak simple gini nasi kena masak lebih. Confirm makan bertambah ahak!

    BalasPadam
  8. Menu terpaling simple tapi sedap. Risau bertambah selera makan pulak kan dengan lauk ikan bilis petai dan telur dadar tu. hihihi...

    BalasPadam
  9. MZ pun semlm mereput jer kat rumah..pg2 masak nasi lemak, tghari masak sup ayam utk mr hubby & boys. masih masih on diet programme so tak leh mkn menu biasa..kena folo diet meal (stress hahahah)

    BalasPadam
  10. Ehhh..Sis SA pun masak ikan bilis petai lah=D

    BalasPadam
  11. Kali kedua ni, tengok lauk ikan bilis petai. Mula-mula di blog SA, sekarang di blog Cie. Nanti ya, akak pun nak pi cari petai. Eh, sama la, kalau makan spagetti rasa kurang kenyang, kena makan nasi juga.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.