Order Food Panda: Marrybrown

Dah over lunch time tak makan apa-apa lagi. Nak masak memang malas la. Tanya budak tak sihat nak makan apa jawapannya taknak makan. Bila tanya nak bubur Marrybrown tak, angguk je. 

Cie pun buka apps Food Panda terus la klik order. Ada diskaun RM10 voucher terus guna. 

Kakak Raisha nak ayam goreng. So order la ayam goreng 2 pcs untuk kakak Raisha, order bubur nasi untuk adik Rania, untuk Cie order mushroom soup. Takde rasa lapar sangat. 


Adik Rania nak iced lemon tea large katanya. Lebih kepada haus je budak ni. Petang semalam  pun dia mintak Cie buat teh o ais. 

Cie tu order mushroom soup sebab nak buat garlic bread sendiri. Ada beli roti gardenia pagi tadi. Garlic spread Cie beli di Shopee. Bakar 2 keping, makan sekeping je kenyang la pulak. 

Ni Cie share link kot ada yang nak beli Garlic Spread




Adik Rania pun tak habis makan bubur nasi, kakak Raisha pun makan 1 pcs je ayam goreng. Nampaknya dinner kang pun tak masak la kot. Memasing kekenyangan sebabnya dah makan macam-macam tu la. Kek coklat dan jajan. 


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Apsal semua orang tidak habis makan?

    BalasPadam
  2. bubur mb memang mengancam. orang sihat pun boleh repeat sedap nya

    BalasPadam
  3. Cie dgn anak² makan sikit ye. Kalau kami tak cukup tu, kurang² ayam sorang seketul 😁

    BalasPadam
  4. mcm rs tak lengkap kan bila mkn mushroom soup mesti nak dijudukan dgn garlic bread ;-)

    BalasPadam
  5. Jenis makan sikit ya, Cie dan anak-anak. Akak kalau order Marrybrown, ayam mesti order at least set 8 ketul tu. Setiap orang 2-3 ketul makan, ye lah, anak lelaki kuat makan. 🤭

    BalasPadam
  6. Tea lemon ais pun air kegemaran anak bongsu saya, nampak sedap roti bakar garlic tu.. macam nak buat je. Saya pun ada stok garlic spread dari jenama lain

    BalasPadam
  7. Dah lama x mkn marrybrown. Teringin jgk nk beli rasto tu. =)

    BalasPadam
  8. Nasib ada Foodpanda dan voucher RM10, mudahlah urusan lunch Cie

    BalasPadam
  9. Saya semalam pun order Rojak Mee dan ABC. Senang cerita. Dan semestinya pakai Food Panda

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.