Roti Gardenia Supreme Bakar Cheese

Pengaruh threads Cie terus buat menu breakfast pagi ni. Minggu lepas duk scroll threads nampak la ada orang buat roti bakar cheese guna roti Gardenia supreme yang baru. Roti ni tebal best la buat roti bakar cheese. 


Malam tadi lepas dinner kat kedai terus la suruh Faiz singgah 7E beli roti Gardenia supreme tu. Mujur ada. 

Selepas subuh pagi tadi Cie terus masuk dapur. Buat sarapan awal, Faiz nak ke kebun awal pagi. So masak la sarapan awal. 

Nak buat roti bakar cheese ni senang je. Antara bahan yang diperlukan:



Bahan Roti Bakar Cheese

1 buku roti Gardenia supreme
2 sudu besar marjerin atau mentega
2-3 sudu kecil gula
4 keping cheese

Cara Membuat Roti Bakar Cheese

  1. Gaulkan gula dan marjerin hingga sebati.
  2. Sapukan marjerin gula pada roti sebelah bahagian sahaja. Buat 2 keping. Bahagian dalam letakkan cheese dan kapitkan. 
  3. Panaskan pan, letak roti dalam pan dan biarkan hingga keperangan, terbalikkan dan biarkan sebelah lagi keperangan. 
  4. Potong tengah dan sedia dihidangkan.







Senang je nak buat. Memang sedap anak-anak pun suka makan. Boleh la buat menu sarapan pagi. 


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Ada tgk roti baru tu org share... Sedap tu ltk cheese

    BalasPadam
  2. uiiishhhh kalah yg kedai punya niiii ;-)
    terbaikkkkk

    BalasPadam
  3. tak jumpa lagi roti tu..
    kalau setakat bakar dengan butter + gula tu, pernah buat.. anak2 memang suka lah..
    nie kena tambah chese pula.. lagi sedap lah

    BalasPadam
  4. Ha, ada nampak roti ni, memang tebal. Tapi belum cuba beli lagi.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.