Sarapan & Makan Tengahari Menu 7E Cafe

Sepatutnya post ni Cie post semalam 10 September on the spot masa lunch. Tapinya tak boleh nak upload gambar. Baru hari ni boleh. Ingatkan masalah line ke apa. Mujur la post lain Cie dah schedule setiap hari.

Buka reading list nak blogwalking semua jadi 1 day ago, 2 day ago. Pelik jugak takkan la kawan-kawan blogger yang rajin up post blog pun langsung takde entri baru. Rupanya kena masuk blog mereka baru nampak post terkini yang Cie belum komen, ada 2-3 post baru mereka. 

Entahla apa masalah blogspot ni ek. Berturut-turut ada masalah. Hari tu hilangkan blog kami, lepas tu tak boleh komen. Kali ni masalah lagi. Kalau nak upgrade apa-apa feature baru ke apa takpela. Jangan ditamatkan sudah la sayang blog ni. 

Ok la kita sambung cerita semalam ni tapi kena ubah la ayatnya ni memandangkan dah boleh upload gambar dah ni. Edit semula ayat dan masukkan gambar. 

Alkisahnya petang kelmarin 9 September Cie ajak Faiz ke 7E Cafe lepas siap masak. Nak beli susu, lupa beli weekend hari tu nak buat Iced Caramel Latte. 

Sekali nak beli makanan lunch untuk semalam 10 September. Konon nak guna point yang akan expired 12 September ada 300points dalam RM3 jugak. 

Scan member je, point lupa nak guna. Dah keluar dari 7E baru teringat. Tingggg terus idea muncul nak singgah beli sarapan pagi semalam. Memang dah lama tak singgah 7E pagi-pagi. 

So pagi semalam singgah la beli curry puff seketul dan pau seketul. Total RM5.80 sepenuhnya guna point. Tak guna duit pun. Berbaloi la membeli kat 7E ni boleh kumpul point dan redeem. 


Cie dapat free stokin jugak minggu lepas tapi belum share entri lagi. Tak sempat banyak betul cerita sekarang ni. So kena beratur dulu dalam draft. 

Begitulah kisah menu sarapan dan makan tengahari hari semalam dari 7E Cafe. Balik kerja waktu lunch panaskan je. Faiz sampai rumah dulu dia yang panaskan. Boleh pulak dia panaskan asing. 2x masukkan dalam oven. Padahal muat je semua tu. 


Cie makan wrap, Faiz dan kakak Raisha burger, adik Rania sandwich. Curry puff Cie makan dah pagi kat office, pau makan balik rumah. 



Harapnya blogspot tak buat hal dah ye. Bagi la kami guna platform blogspot ni untuk berkongsi suka duka kami. 


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Masih berlarutan masalah bloglist tak update ni. Tapi kita chill je la Cie kan, apa boleh pun :(
    Skrg senang nak makan burger CP, dah ada dekat 7e.
    Karipap tu nampak penuh intinya ye. Sedap tu...

    BalasPadam
  2. Harap blogspot kembali pulih dan kekal sampai bila-bila... tanpa blog sepi hidup.. nampak sedap dan rangup karipap tu :)

    BalasPadam
  3. Geram kan dengan blogspot...macam akak memang x boleh upload gambar..dah 3-4 minggu dah...nak masukkan gambar kena masukkan dari google photo...menyampah betul

    BalasPadam
  4. Oh tak boleh upload gambar ye. Tak perasan pulak sebab tgh merajuk n3 kita tak up dalam list. Bengang pun kena sabar asalkan tak hilang. Naya oooo bertahun tu kita tulis. Rindu plak burger 7e ni

    BalasPadam
  5. memang geram tul dgn blogger skrg. entri baharu ambik masa 2 hari utk terpapar di bloglist kwn2. mcm2 masalah yg timbul.

    BalasPadam
  6. Hehe kita yang jarang kemaskini blog apabila buat pos baru pelik tidak naik ke papan pemuka blog. Aduh.
    Hehe boleh guna mata tidak payah langsung guna duit tunai. Untung.

    BalasPadam
  7. Sama la.Memula sy x bleh komen.Lepas tu x bleh uploag gmbr..=(

    BalasPadam
  8. haritu cikla pegi 7e ada nampak burger ni. Ckp kat anak wah 7e ada burger la skng tp itulah takde rasa nk try lg. in syaa Allah next time sbb mcm nampak sedap la pulak bila tgk cie up ni.. hihi

    BalasPadam
  9. nampak sedap buttermilk chicken steak burger....kena cari gak ni..

    BalasPadam
  10. suka pau 7E ni sedap mkn panas2

    blogspot buat hal
    habis jahanam mood sy nak BW

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.