Kalau duk rumah, masak dan makan jela kerjanya. Jadinya seawal pagi, sesudah subuh dah check in kitchen. Menu kantin sekolah pagi ni Cie masak nasi lemak pandan. Malam tadi dah mintak adik Rania ambil daun pandan kat porch masa kakak Raisha sidai kain. Senang ada tanam sendiri daun pandan.
Cie masak nasi lemak pandan guna beras basmathi dan beras biasa. Cie campur je buat 4 cups. Masak dalam periuk noxxa HP 7 minit elok kejadian nasi Cie. Pandan tu Cie blend dan tapiskan. Campur je dengan santan. 4 cups beras sama dengan 6 cups air pandan dan santan. Letak garam sikit.
Kalau nak wangi letak la halba. Cie tak letak halba. Hanya santan, pandan, garam je. Ada orang letak bawang besar, halia pun boleh je. Ikut la resipi memasing kan. Takde salah takde betul. Ada juga orang letak minyak juga dalam nasi tu nak bagi berkilat dan berderai elok.
Sambal pulak Cie guna cili kering yidu namanya. Cili yidu ni tak pedas langsung, warna je merah menyerlah. Adik Rania tak makan pedas. Kesian pulak nanti dia tak tahan pedas. Ada masa Cie campur dengan cili kering biasa. Kali ni tak campur memang ada yidu je.
Cie memang tak reti bajet kuantiti bahan sambal ni. Selalu jadi banyak. Takpela nanti kalau tak habis boleh simpan je. Boleh makan dengan lempeng atau cekodok. Sambal Cie letak ikan bilis dan bawang. Malas nak goreng ikan bilis asing, leburkan je sekali.
Ayam pulak Cie gaul dengan tepung bestari dan goreng je. Telur rebus pun ada pelengkap menu nasi lemak. Timun wajib ada la kalau menu nasi lemak. Keropok pun ada sebagai tambahan menu nasi lemak Cie.
Masak sendiri lagi puas makan ikut selera tekak kita. Nasi lemak kedai tu ada jela tak kena tekak. Selalunya sambal la penentu kesedapan nasi lemak tu. Ada kedai yang buat sambal asing dengan bilis, bilis mereka goreng je.
Kebanyakkan kedai guna ikan bilis yang keras tu. Memang potong selera nak makan ikan bilis besar dan keras tu. Maybe nak jimat kos agaknya. Ada juga yang buat sambal bawang je. Ikan bilis ada la secoet je. Ada juga sambal masam, pedas terlajak, manis.
Gitulah kan susah nak jumpa yang betul-betul sedap. Kalau ada yang sedap tu memang rezeki sangat. Masak sendiri ikut la nak buat macam mana pun kan. Cie masak banyak ni anak-anak boleh repeat makan sampai lunch. Senang sekali masak je.








15 Ulasan
sedapnya nasi lemak .nyumss.
BalasPadamakak pula suka buat lebih. nanti dah frozenkan mudah nak buat nasi lemak kali ke dua atau ke tiga
Akak ler tu, semua letak - halia, halba, hirisan bawang, minyak masak. Tapi semua letak sikit jelah tak ganggu nak makan jumpa macam-macam pulak 😄
BalasPadamBetul Cie, geram je nak makan dibagi bilis goreng keras. Kadang siap-siap cakap tak nak bilis, trauma dapat bilis tak boleh nak makan.
Masak sendiri lagi puas kan... kita plak suka sambal yg kering x suka jenis basah n berkuah..
BalasPadamMmg confirm smp lunch nasi lemak ni.. silap2 smp ke.mlm pun boleh lagi haha
#doneterliur =D
BalasPadamMolek warna nasi lemak hijau daun pandan tu
BalasPadamSedapnya nasi lemak pandan..terliur akak ha
BalasPadamWah lagi panjang Cie bercuti. Sesekali bercuti panjang rehat-rehat je di rumah kan. Tak best betul diganggu masa cuti. Rosak mood nak bertenang-tenang dirumah.
BalasPadamBest ni bau nasi lemak pandan. Bau nasi tengah nak masak pun menggoda selera betul kan. Tak suka letak halba. Biasa guna halba kalau masak asam pedas je lah.
Masak sambal banyak boleh simpan makan. Makan dengan lempeng pun sedap.
Nasi lemak ni nasi dan sambalnya kena seiring sama sedap. Baru sedap makan nasi lemak.
Kalau masak nasi lemak begitulah kan masak banyak sekali boleh buat menu sampai malam.
Boleh merangkap buat makan tengah hari dan malam sekali ni
BalasPadamBetul puas mkn nasi lemak masak sendiri ni
BalasPadamKalu kat umah ciknur sampai mlm menu nasi lemak
Cantikk sgt kalernya light je
Mesti harum bau pandan tu
Blm penah try camni
Blhlah oneday he hee menarikkk
wahhhh.. terliur tengok sambal..
BalasPadamSamalah kita, kalau cuti memang nasi lemak jadi mangsa, senang nak gayakan makan sampai petang.. hihi
BalasPadamBetuuuul. Pernah dapat seller yg pakai ikan bilis keras. Atau sambal yg manis 😅😅. Krn saya lebih suka yg pedas.
BalasPadamSedapnya nasi lemak, bau pandan sampai ke Kuantan ni tau
BalasPadamnasi lemak memang menu yg MZ kerap repeat masak, tp tak pernah buat versi pandan ni
BalasPadamsambal kalau lebih takpe boleh jadi pencicah nanti. Nasi lemak kalau tak habis, buat nasi goreng pun sedap juga.
BalasPadambab ikan bilis ni ammi tak reti nak memilih. nampak elok cantik tp bila goreng aishhh liat. Haritu beli di Tiktok kata mata biru gred AAA...sekali bila sampai eh macam lembab pulak ikan bilisnya.
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.