Brands Outlet Melawati Mall
Mula sekali jalan-jalan di Melawati Mall. Kerap juga kami ke MM ni kalau ke KL. Macam jadi destinasi wajib pulak. Senang semua ada kat situ. Kali ni masuk Brands Outlet je beli sikit je. Kebetulan je tu, takde masuk dalam bajet pun nak shopping situ.
Anak-anak grab baju dan seluar sehelai sorang. Cie grab baju 3 helai. Sehelai long sleeve coklat tu dah bagi anak je. Bila cuci jadi macam singkat pulak tak sesuai Cie nak pakai. Jadi Cie ada 2 jela baju, sehelai long sleeve shirt hijau dan sehelai blouse belang.
Faiz pun shopping jugak Tshirt. Padahal dah berlambak Tshirt colour sama je. Tak faham tau orang lelaki ni kenapa mesti nak colour sama. Dalam almari tu hijau pun dah ada. Colour hitam toksah cakap memang banyak.
AEON Alpha Angle Wangsa Maju
Ni la tujuan sebenar nak shopping Scarlet je tapi terbeli lain sekali. Kami 3 beranak memang pakai brand Scarlet ni. Nampak wet tissue macam murah je grab la jugak.
Nampak baju baby cute je so ambil la sepasang baju tidur untuk cucu boy. Padahal dah beli hamper ada baju dah sepasang bagi masa dia keluar wad tu. Rezeki baby la dapat 2 pasang baju dari Wan Cu. Tunggu besar sikit nanti Wan beli lagi untuk cucu.
Tu jela shopping sikit tak banyak pun. Lagipun takde keperluan pun. Baju dalam almari tu pun dah terlalu banyak.






4 Ulasan
bab lelaki suka ulang kaler yg sama...haaaa sama dgn my hubby jugakkk baju2 dia kaler biru dan itam ajer! kalau i beli kaler lain utk dia, tak dipakainya!
BalasPadamKita pun suka shop brand outlet cuma kdg ssh nak cr saiz utk uyum 😅😅🤣 tp kalau dah terjumpa mmg akan beli lbh dr 1 haha..
BalasPadamDl zaman kurus suka gak scarlett tp dah gedempol ni berangan je la.. mampu lalu jeling² je kat brand tu skrg ni hahaha..
Betul MM ni senang sebab banyak pilihan kedai, dekat tol Gombak pun ya.
BalasPadamAkk pun suka ke BO. Banyak juga blouse yg cutting labuh & longgar. Harga pun affordable. Bagus Cie, ingat dekat cucu ye 👍🏻
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.