Cie nak beli cream puff dan steak & cheese sandwich yang viral. Kiranya take away la untuk Cie bawak balik rumah. Mulanya Cie order dulu kopi Kenangan Malaysia untuk Cie dan hot chocolate untuk kawan, dia tak minum coffee.
Cie saja nak try kopi Kenangan Malaysia tu. Siap ambil large. Cie bawak jugak tumbler Zus. Bila minum tak habis Cie tuang ke dalam tumbler Zus boleh sambung minum kat tempat audit. Kawan Cie dia minum habis je hot chocolate tu sikit je. Kopi kenangan ni tak kena dengan tekak. Biasa order spanish latte, saja nak tukar-tukar rasa.
Sekejap je kami borak-borak lama tak berjumpa. Memasing kerja berjauhan. Selalu berhubung melalui handphone jela bertanya hal kerja. Dulu kawan Cie ni 1 office la dengan Kak Fizah. Bila perjawatan Kak Fizah kena pindah butiran ke hospital Cie tinggal la dia sorang, namanya Kak Ana. Kak Ana ni ada bos atas dia. So mereka berdua la kiranya.
Hospital Bera kecil je tu yang 1 perjawatan ditarik ke Lipis. Lega la Cie dapat officemate, ringan la sikit bebanan yang ditanggung.
Berbalik kepada cerita cream puff dan steak & cheese sandwich ni. Semasa kami borak tu Cie nak klik order take away tapi steak & cheese tu takde dalam apps, tapi kat chiller counter tu ada je. Cie pun tanya cashier, dia kata dah tinggal 3 dalam apps takdela kena order kat counter.
Cie pun order la kat kaunter, nak order sekali cream puff yang bundle of 6 tu. Cashier tu macam baru, terkial-kial la dia nak klik flavour yang Cie order sampai 2 kali tanya flavour. Cie tengok macam kesian je lambat, Cie pun cakap takpela bayar steak & cheese tu je, cream puff order kat apps je. Dia pun say sorry dan terus bagi amount kena bayar. Cie sambung order puff melalui apps.
Order siap sekali je Cie pick up kat counter. Akhirnya dapat dah nak rasa steak viral kat threads. Cream puff tu memang selalu dah makan.
Sampai rumah petang tu anak-anak makan cream puff. Steak tu mereka taknak. Cie panaskan dan makan dengan Faiz je. Masa panaskan tu terlebih masa pulak jadinya bun tu macam dah terlalu brown. Keras la sikit bila makan tu.
Bagi Cie steak & cheese sandwich ni takdela sedap sangat. Entah la kenapa viral di threads. Daging tu macam rasa smokey sikit. Ok jela rasanya takdela tak sedap, cuma bukan tersangat sedap. Selera tekak lain-lain kan. Harganya RM14.50.
Cream puff tu memang sentiasa sedap. Cie pilih kenangan puff 2, chocomilk 2, butter nutty cream 1 dan choco berry cream 1. Beli 5 percuma 1. Murah la dari harga sebiji RM5.90-6.90. Bundle of 6 ni RM29.50.
Selesai dah siap semua order terus la Cie gerak ke hospital.





10 Ulasan
Kenangan coffee kalu ank2 ciknur je suka sgt air minuman sini
BalasPadamEntahh la apa rasaa kita xtqu sgt sbnya minum sikit2 rasa lebihkurang .
Viral ni kadang2 xda menda pun sesajaaa kan he hee
Harga cream puff dh nak sama dgn harga dkt dunkin donut. Belum sempat merasa lagi. Nnt la nk try jgk ni =D
BalasPadamAgaknya kalau Akk masuk KC ni, order hot chocolate jugak kot. Sbb tak minat sangat kopi.
BalasPadamsteak & cheese tu plain je sbb tkde sauce....kita suka lg yg subway punya
BalasPadamMZ tak pernah lg singgah kenangan coffeee ni
BalasPadamHaha fav kita gak kenangan coffee ni.. suka pasta dia.. roti² ni kalau nak sedap mmg kena makan on da spot panas²... kalaubbw blk n reheat again dia jd keras n kureng sedap hehe...
BalasPadamKat Kenangan Coffee kita suka Avocado Choc, itu je. Yg lain tak pernah cuba
BalasPadamooo ye ke viral kat threads?
BalasPadamboleh laa sy try nanti
harap2 dpt yg sedap hehehe
belum cuba lagi
BalasPadamKenangan Coffee ni sejak dekat dengan rumah, adeiii susah nak di jadikan kenangan sebab asyiklah singgah beli hahahahaha
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.