Pagi ni anak-anak nak makan roti canai je di Kedai Syed. Kat Lipis ni banyak je pilihan kedai roti canai melayu. Tapinya full house pulak. Dah lambat keluar pun masih ramai orang. So tukar kedai lain, Restoran Kuah jela port biasa.
Restoran Kuah ni milik orang Pakistan, isterinya melayu. Pekerjanya ada Pakistan dan melayu juga. Dulu owner ni dapat tender kantin hospital. Nama je kuah tapi bukan la jual makanan berkuah ye ada yang komen hari tu. Hihi. Macam-macam ada dari menu sarapan sampai malam kedai ni buka. Selalunya sarapan jela tak pernah lagi makan malam kat situ.
Selalunya Cie order capati tapi kali ni taknak capati dah. Blur juga taktau nak makan apa dah. Mulanya nak order roti canai kosong je. Tak jadi pulak. Antara yang kami order:
- Faiz: nescafe o suam, nasi plao dan kari kambing
- Cie: nescafe o ais, roti telur bawang
- Kakak Raisha: maggi goreng dan teh o ais
- Adik Rania: roti canai kosong, maggi goreng dan teh o ais
Memang adik Rania tu kalau makan kat Restoran Kuah ni akan order roti canai dan maggi goreng. Portion takdela banyak jadi boleh je dia habiskan.
Lepas siap makan terus jalan je ke BS Freshmart seberang jalan je dengan Restoran Kuah. Beli barang dapur lauk pauk stok seminggu.







5 Ulasan
sedap pula sy tgk ayam goreng tu
BalasPadamhehehe tgh lapar agaknya
Terbalik dengan akak.. hujung minggu sarapan kat rumah tapi kalau nak keluar macam Cie beli barang biasanya brunch terus.
BalasPadamakak lak tgk KUAH tu ingat makan di Pekan Kuah. hehehe.
BalasPadamRindu tau nak makan makanan di Malaysia, apa tah lagi sajian sendiri..sini makan roti dan hirisan sayur salad..jarang kami makan nasi, baik di Marocco, Spanyol dan kini di Portugal..tapi Subahanallah semuanya tetap membuka selkera Etuza, kerana itu semua makanan yang Allah berikan..
BalasPadamSalam di Bumi Portugal..ketika ini jam tepat 6.00 pagi, updated kan blog..curi masa..ketat jadual bersiaran ..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.