Dari minggu lepas nak makan kat Kedai Syed ni tapi full house. Pagi ni ada kosong kita singgah la makan kat situ.
- Faiz: roti kahwin dan kopi o ais
- Cie: roti tampal cheese
- Raisha: roti telur cheese dan teh o ais
- Rania: roti sarang burung dan teh o ais
Cie tak order air. Minum je air adik Rania dan Faiz. Tak habis pun air Faiz manis air gula betul. Cadang nak beli Zus tu yang malas nak order air. Tumbler tak bawak rasa rugi pulak tak dapat diskaun nanti.
Biasa la kedai ni sentiasa full house dan sentiasa la lambat sampai makanan. Kena bertabah jela dan kalau tak rushing boleh la makan kat situ. Kami takde rushing pun so boleh jela tunggu. Nak makan light breakfast je nanti lunch nak makan heavy lunch dah.
Siap sarapan terus ke BS Freshmart beli barang dapur dan juga bahan nasi arab. Sebelum balik kampung nanti baru singgah Secret Recipe beli kek.





2 Ulasan
Selamat menjamu selera
BalasPadamSeronoknya ada sambutan harijadi KakLong.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.