Cie masak nasi mandi ayam bawak dari rumah Cie ke rumah Kak Ngah. Kakak Perak sponsor kek Secret Recipe, Cie tolong belikan kek chocolate indulgence.
Cie sampai rumah Kak Ngah dah 3 lebih. Masak sorang-sorang dari pukul 10 lebih sampai pukul 2 baru siap bersihkan ayam terus 4 ekor. Tapi Cie masak dalam 32 ketul je ayam. Yang selebihnya stok lauk nak masak seminggu.
Beras basmathi ada 5 cawan je. Cie nak masak 10 cawan jadinya campur jela beras biasa. 2 kali masak dalam periuk noxxa. Cie google tanya boleh ke masak 10 cawan, katanya kena masak 4.5-5 cawan saja supaya ada ruang untuk beras mengembang. HP 7 minit je so takde masalah la nak masak 2 kali.
Ayam Cie rebus dulu baru bakar. Oven kecik jadinya 3 kali bakar la jugak. Bakar sekejap je sebab ayam tu masak masa rebus tu.
Ayam mandi, sup kaki ayam dan leher ayam, acar timun, sambal. Style Cie masak hentam je resipi takde follow mana-mana resipi. Cuma pakai rempah mandi beli di Shopee je.
Siap masak terus mandi, solat Zohor dan gerak balik kampung. Tidur 1 malam je kat rumah Kak Long. Sebelum gerak balik kampung singgah Secret Recipe dan beli Tealive minum dalam kereta je.
Sampai rumah Kak Ngah ramai dah berkumpul. Borak-borak main dengan cucu. Kak Ngah masak menu lunch dah nasi putih macam-macam jenis lauk dah. Tunggu nasi Cie lambat.
Lepas Asar baru sesi bergambar potong kek. 31 Oktober tu birthday Kak Long. Terus la sekali celebrate birthday bulan Ogos, September, Oktober, November dan Disember. Julai je takde.
Sebelah petang anak buah Bentong masak mi goreng dan roti john pulak. Memang makan-makan jela aktiviti kami bila berkumpul. Menu nasi mandi ayam tu sampai dinner makan menu tu jela.
Masa Maghrib tu balik rumah Kak Long mandi manda, lepas Isyak datang semula ke rumah Kak Ngah makan dinner. Makanan tinggal je kat rumah Kak Ngah tu yang sebelah malam ke rumah dia lagi makan. Habis la nasi mandi ayam Cie.














2 Ulasan
sronok family gathering and sambutan birthday...masak nasi arab guna noxxa cpt...sedap2 tgk menu tu
BalasPadamHappy birthdayyy
BalasPadamSeronok raikan bersama adikberadik
Mkn2
Dpt bertemu berbual
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.