Resipi Ayam Goreng Berlado Tempoyak, Pedas Masam Memang Menyelerakan!

Kali ini Cie nak kongsikan resipi Ayam Goreng Berlado Tempoyak. Menu yang menggabungkan rasa pedas cili, masam tempoyak dan belimbing buluh serta aroma daun kesum dan bunga kantan.


Kalau suka masakan kampung yang mempunyai rasa pedas dan masam, bolehlah cuba resipi ini. Ayam digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak bersama sambal berlado tempoyak. Hasilnya, ayam bersalut dengan sambal yang pekat dan cukup menyelerakan.

Bahan-bahan Ayam Goreng Berlado Tempoyak

Bahan untuk menggoreng ayam:

6–7 ketul ayam
1 sudu garam
Minyak masak secukupnya

Bahan untuk menumis:

2–3 biji cili padi merah dan hijau
7–8 biji cili besar merah dan hijau
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 kuntum bunga kantan
Segenggam daun kesum
4 sudu besar tempoyak
2–3 biji belimbing buluh
Minyak masak secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Garam secukupnya
Air secukupnya

Cara Membuat Ayam Goreng Berlado Tempoyak

1. Perap ayam

Bersihkan ayam dan gaulkan bersama serbuk kunyit serta garam sehingga rata.

2. Goreng ayam

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

3. Kisar bahan sambal

Masukkan cili padi merah dan hijau, cili besar merah dan hijau, bawang besar serta bawang putih ke dalam pengisar. Kisar kering sehingga lumat.

4. Sediakan bahan tambahan

Potong belimbing buluh mengikut saiz yang disukai. Hiris bunga kantan dan sediakan daun kesum.

5. Tumis bahan kisar

Gunakan minyak yang sama untuk menggoreng ayam tadi, tetapi kurangkan kuantitinya.

Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Tambahkan sedikit air supaya cili betul-betul masak. Teruskan menumis sehingga sambal agak kering.

6. Masukkan tempoyak dan bahan lain

Masukkan tempoyak, belimbing buluh, daun kesum dan bunga kantan. Tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya.

Kacau sehingga semua bahan sebati. Masukkan sedikit air supaya sambal kekal lembap dan tidak terlalu kering.

7. Masukkan ayam

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam sambal. Gaul sehingga semua bahagian ayam bersalut dengan sambal berlado tempoyak.

8. Siap untuk dihidangkan

Kacau sehingga sebati dan tutup api. Ayam Goreng Berlado Tempoyak siap untuk dinikmati!


Gabungan cili, tempoyak, belimbing buluh, daun kesum dan bunga kantan memang menghasilkan rasa yang tersendiri. Ada rasa pedas, masam dan aroma herba yang cukup menyelerakan.

Paling sedap kalau dimakan bersama nasi putih panas. Tak perlu lauk yang banyak pun, ayam goreng berlado tempoyak ini sudah cukup membuka selera.

Kalau ada yang suka masakan berasaskan tempoyak, bolehlah cuba resipi ini pula.

Selamat mencuba!


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. saya suka masakan berlado, cuma minue tempoyak sbb tak mkn tempoyak

    BalasPadam
  2. First time jumpa resipi ayam balado tempoyak. Tapi mcm best la pulak sbb mmg minat daun kesum, bunga kantan semua tu.

    BalasPadam
  3. Best nampaknya, boleh cuba nanti

    BalasPadam
  4. rare menu ni..tempoyak tk mkn tp kalo dh masuk dlm masakan jd gulai tempoyak mcm menu ikan patin tu bole je mkn

    BalasPadam
  5. Alamak sedapnya, jadi ingin pulak mencoba makanan tu...pas lagi belum makan baca pulak halaman makanan

    BalasPadam
  6. Resepi lain dari lain ni
    Blh dicuba jga kan
    Berlado + tempoyak

    BalasPadam
  7. OOoo rasanya first time KSarie jumpa resepi ayam berlado tempoyak ni. Harap boleh jumpa di kedai nanti untuk dicuba. Namanya untuk KSarie memasak mana maunya😅

    BalasPadam
  8. thank you share resipi! menarik gak makanan ni

    BalasPadam
  9. Terima kasih Cie atas perkongsian... kat rumah tempoyak ada tapi bunga kantan, belimbing buluh dan daum kesum takde pulak.

    BalasPadam
  10. Satu menu ni pun dah cukup kenyang makan dengan nasi putih

    BalasPadam
  11. OK MZ dh setel BW all entries cie yg MZ tertinggal while i was away

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.