Pagi tadi layankan mata sekejap lepas tu baru la start masuk dapur masak sarapan mi goreng. Mi kuning Gardenia tu Kak Ngah bagi. Suami dia beli banyak sepeket yang 900gm tu tak habis la banyak sangat katanya, dia pun bagi separuh.
Letak bawang putih, bawang besar, fish ball, sayur siew pak choy je. Banyak jugak mi goreng tu kami makan 3 beranak bertambah pun masih ada sikit lagi boleh sorang lagi makan. Lunch tak masak dah, brunch jela tadi makan dah pukul 11.
Cie buat telur mata, potong cili padi, timun dan limau nipis. Keropok wajib ada, sekarang Cie beli yang dah siap goreng kat Shopee tu keropok baby segera boleh terus ngap je. Senang kerja tak payah nak goreng dah. Banyak juga perisa lain.
Siap makan santai-santai je schedule post untuk minggu ni, blogwalking. Plan nak mengemas stor kita buat lain kali la. Malas pulak rasa hari ni nak berehat je. Sekejap sangat masa berlalu.



1 Ulasan
Selamat bersarapan dan selamat bercuti...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.