Bekal Makanan Sekolah Anak Mac 2019 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 14 April 2019

Bekal Makanan Sekolah Anak Mac 2019

IDEA BEKAL SEKOLAH ANAK

IDEA BEKAL SEKOLAH ANAK


Januari dan Februari dah berlalu. Alhamdulillah masuk Mac masih diberi kesempatan serta diberi kesihatan yang baik untuk menyediakan bekal sekolah anak setiap pagi. Setiap pagi Cie akan bangun awal pagi untuk sediakan bekal anak mengikut menu yang ditetapkan oleh anak sendiri.

Biasanya anak akan tulis menu untuk 5 hari dan tugas ibu hanya sediakan bahan dan masak saja. Ada masa anak makan dengan kawan-kawan, ada masa bekal tu dia makan sorang-sorang je. Katanya kawan bawa bekal juga atau beli kat kantin.

Setakat ni juga anak-anak masih belum jemu makan masakan air tangan ibu. Kadang-kadang risau juga takut anak-anak jemu setiap hari makan masakan ibu. Alhamdulillah mereka suka makan masakan ibu.

idea bekal sekolah anak
Roti Susu dan Buah Lai

idea bekal sekolah anak
Maggi Cintan Goreng dan Buah Lai

idea bekal sekolah anak
Cekodok Bilis + Sos + Mayonis dan Buah Lai

idea bekal sekolah anak
Mee Siput Goreng dan Buah Lai

idea bekal sekolah anak
Lempeng Gula dan Buah Lai

idea bekal sekolah anak
Roti Coklat dan Buah Lai

idea bekal sekolah anak
Pau Kaya Segera dan Buah Lai

idea bekal sekolah anak
Maggi Cintan Goreng

idea bekal sekolah anak
Mee Cintan Goreng dan Buah Lai

idea bekal sekolah anak
Donut Coklat dan Buah Lai

idea bekal sekolah anak
Mee Goreng dan Buah Lai

idea bekal sekolah anak
Kuey Teow Goreng dan Buah Lai

idea bekal sekolah anak
Nugget Goreng + Mayonis dan Buah Lai

idea bekal sekolah anak
Sosej + Mayonis dan Buah Lai

idea bekal sekolah anak
Karipap Segera dan Buah Lai

Sebenarnya simple je bekal makanan anak sekolah setiap hari. Ada yang ibu beli kuih segera je tinggal nak goreng atau kukus je. Setiap hari menu berbeza. Buah je nampaknya bulan ni sama je. Hihi. April nanti mungkin tukar-tukar buah.