Moon Cake - Kuih Bulan Halal - BLOG ROZIAH @ CIE

Monday 27 September 2021

Moon Cake - Kuih Bulan Halal

 MOON CAKE HALAL BUATAN ORANG ISLAM

Moon Cake Halal

Nak mencari Moon Cake atau Kuih Bulan yang halal memang agak sukar sebab tak ramai yang pandai menghasilkannya. 

Moon Cake (Kuih Bulan)  merupakan kuih tradisional cina. Ia dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan.

Kuih Bulan dianggap sebagai satu makanan yang istimewa penting pada peristiwa tersebut.

Cie memang suka makan Kuih Bulan ni sejak bekerja di PJD Construction kat Ara Damansara. CEO dan pekerja kebanyakkan berbangsa Cina. Setiap kali masuk musim Kuih Bulan ni memang banyak la dapat dari mereka, ada yang dari subcon. Semuanya yang halal la.

Pelbagai jenis kuih bulan yang ada. Cie paling suka sebab bekas Kuih Bulan sangat cantik. Ada yang Cie simpan sehingga sekarang. Lebih 10 tahun dah Cie simpan dan masih elok.

Selepas resign dari PJD Construction tu dah jarang makan Kuih Bulan. Bila masuk kerja kerajaan dipertemukan dengan bos Chinese dia memang selalu bagi Kuih Bulan yang halal.

Lepas bos resign pun sama la dah tak makan Kuih Bulan. Susah juga nak cari yang halal.

Baru-baru ni ada rakan kerja di Rompin berkongsi posting di Facebook Kuih Bulan yang halal. Apa lagi Cie memang tak lepaskan peluang la terus order setiap jenis.

Moon Cake Halal
Kuih Bulan buatan orang Islam yang halal

Memang sedap sangat lama dah tak makan. Rasanya just nice tak manis sangat. Cie beli banyak tu bukan habiskan semua. Hihi. Bagi orang sikit. Cie ada jugak bagi gift Kuih Bulan ni kat team. Siap boleh tulis kad ucapan lagi.

Moon Cake - Kuih Bulan Halal
Ni Cie bagi gift untuk leader Cie di Raub. Mereka poskan terus

Moon Cake - Kuih Bulan Halal
Ni pulak untuk leader Cie di Ampang pun sama mereka poskan

Kalau korang nak makan Kuih Bulan yang halal boleh la order dari Manis Setia 0176829454

No comments:

Post a Comment