Selamat Tahun Baru 2022 - BLOG ROZIAH @ CIE

Friday 7 January 2022

Selamat Tahun Baru 2022

 SELAMAT TAHUN BARU 2022


Hari ni genap 7 hari tahun 2022 baru sempat nak update blog. Betapa busy sangat la konon-konon kan. Hihihi

Sebenarnya macam tak percaya dah masuk tahun baru. Tak sedar masa berlalu dengan sangat pantas. Rasa baru je lagi masuk tahun 2021, tiba-tiba dah tahun 2022. 365 hari berlalu tanpa kita sedar.

planner 2022



Sepanjang tahun 2021 pelbagai dugaan kita kena tempuhi. Berkali-kali negara kita kena Perintah Kawalan Pergerakan sehinggakan tak boleh nak rentas negeri, rentas daerah pun tak boleh.

Pendek kata kehidupan kita terus berubah 360 darjah. Tak boleh buat apa yang kebiasaan kita buat. Nak ke mana-mana pun kena pakai mask. Kena scan my sejahtera. Kena check suhu. Semuanya kita kena buat sekarang.

Sepanjang tahun 2021 juga Cie berjaya efektif Senior Supervisor dengan izin Allah. Jatuh bangun dalam dunia perniagaan ni adalah perkara biasa. Yang penting teruskan melangkah tanpa menoleh ke belakang. Alhamdulillah juga untuk pencapaian jualan kumpulan SR Millionaire yang capai RM281,375


1 Disember 2021 juga genap 13 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam. Jangka masa yang agak lama. Tak sangka la dah 13 tahun mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran alam pekerjaan.

Masa lalu penuh dengan liku-liku. Masa depan penuh dengan impian. Harapan tahun baru merupakan langkah untuk menyambut masa depan yang penuh KEJAYAAN dan KECEMERLANGAN.

Jangan sesali masa lalu, jangan risaukan masa hadapan. Kerana kita masih berpeluang untuk memulakan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim!!

Kami memohon kepadamu agar lenyapkan segera wabak Covid 19 ini di negara kami dan seluruh dunia.

Semoga tahun 2022 ini lebih banyak kejayaan dan kenangan manis yang dikecapi.

Amin Ya Rabbl 'Alamin





2 comments:

  1. Samalah kita dah seminggu baru sempat update. Selamat tahun baru 2022 :)

    ReplyDelete