Sarapan Nasi Dagang - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 13 January 2024

Sarapan Nasi Dagang

 Nasi Dagang Gulai Ayam

Sarapan Nasi Dagang

Seperti biasa hujung minggu memang off kitchen. Jarang-jarang je rajin on kitchen masak breakfast. Hari-hari dah masak menu bekal sekolah anak-anak so weekend nak rest jugak dari masak untuk breakfast. Ada masa masak jugak kalau malas nak keluar.


So pagi ni suruh babah belikan sarapan jela kat gerai tepi jalan tu. Gerai tu buka awal pagi dalam 7 pagi dah buka. Kakak Raisha pula ada kelas tambahan hari ni 8.30 pagi tu yang kena sarapan awal sikit. Ibu pun malas nak keluar sebab nak iron baju kerja seminggu. 


Ibu request nak nasi dagang gulai ayam, kakak nak karipap, adik nak nasi lemak. Kat gerai tu macam-macam makanan ada jual. Hari bekerja selalu lalu tengok dah ramai orang membeli. Ada yang beli untuk anak bawak bekal, ada yang beli bawak bekal ke tempat kerja. Semua rushing je pagi-pagi.


Nasi dagang tu bukan pemilik gerai tu masak. Memang ada orang hantar ke situ. Sebelum ni ada sticker ditampal pada daun pisang tu. Kali ni takde pulak. Kehabisan sticker agaknya. Cie paling suka nasi dagang dia. Memang kena dengan tekak Cie. Tak sure harga berapa. Bila tanya husband jawapannya taktau. Sejenis main ambil je lepas tu bayar.


Kalau orang tu buka kedai nasi dagang Cie rasa memang laku. Sebab memang sedap rasanya. Nasi lembut. Gulai cukup rasa. Cie suka gulai ayam. Dia ada juga gulai ikan tongkol. Cie tak suka sangat ikan so memang selalu suruh husband beli gulai ayam kecuali takde gulai ayam baru lah Cie makan gulai ikan.


Sebelum ni pernah la try beli nasi dagang tempat lain. Tak kena dengan selera so tak repeat dah. Yang ni berkali-kali dah Cie repeat makan. Kalau orang tu buka kedai rasanya Cie akan jadi regular customer. Hihihi. 


sarapan nasi dagang
ni la rupa nasi dagang tu


sarapan nasi dagang
gulai ayam ni sedap cukup rasa


sarapan nasi dagang
nasinya lembut sangat


sarapan nasi dagang
tak rasa pedas so Cie makan dengan cili jeruk


sarapan nasi dagang
cili jeruk homemade


sarapan nasi dagang
cie suka makan dengan keropok goreng juga


Biasanya dalam gulai nasi dagang ada cili padi sebiji-biji tu tapi yang ni takde. Tu yang Cie makan dengan cili jeruk. Bagi rasa pedas sikit baru sedap. Cili jeruk tu takdela pedas sangat cuma ada rasa pedas manjah manjah je boleh la.


Keropok goreng tu pun memang sentiasa ada. Sejenis suka makan nasi dengan keropok. Kadang-kadang makan dengan makanan bergoreng. Tu yang memang kena sentiasa ada keropok goreng kat rumah ni. Dengan nasi dagang pun makan dengan keropok. 


Kenyang lagi sarapan nasi dagang tadi so tengahari ni tak makan lagi. Dah beli rojak ayam tadi nanti petang sikit baru makan. Tadi pun sarapan 9.00 pagi tu yang masih kenyang.

2 comments:

  1. Sedapnya.. nasi dagang kuah banjir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suami makan dia suka kuah banjir. Cie suka sudu kuah sikit2 baru gaul 😃

      Delete