Scaling Gigi Sebelum Minor Oral Surgery - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 19 January 2024

Scaling Gigi Sebelum Minor Oral Surgery

 Klinik Pergigian Kuala Lipis


Scaling gigi atau cuci gigi merupakan prosedur pembersihan plak gigi menggunakan alatan ultrasonik. Karang gigi pula merupakan pembentukan dan pengumpulan plak yang mengeras pada permukaan gigi. 


Alat ultrasonik akan menghasilkan getaran yang mampu menghancurkan karang gigi menjadi cebisan kecil antara gigi dan juga boleh membersihkan karang gigi pada garis gusi yang sukar dibersihkan menggunakan berus gigi.

Sumber: Hello Doktor


Scaling Gigi Sebelum Minor Oral Surgery

Awal bulan Januari hari tu Cie ada buat Pemeriksaan Gigi Geraham Bongsu. Masa tu dentist tetapkan tarikh untuk buat Minor Oral Surgery (MOS) gigi geraham bongsu pada 23 Januari 2024. Sebelum buat Minor Oral Surgery tu dentist mintak buat scaling gigi dulu untuk pastikan gigi bersih dan bebas karang.


Dentist mintak Cie pergi buat scaling gigi 2 - 3 hari sebelum MOS. Prosedur MOS pada 23 Januari, so Cie decide nak buat scaling gigi 19 Januari la memandangkan 23 Januari hari Selasa. Dentist tak galakkan buat sehari sebelum sebab katanya takut Cie tak selesa nanti waktu nak buat MOS.


Oleh kerana Jabatan Bedah Mulut tidak ada perkhidmatan scaling gigi maka nya Cie kena pergi ke Klinik Pergigian Kuala Lipis untuk membuat prosedur scaling gigi.


scaling gigi sebelum minor oral surgery
memo JBM bagi kepada Klinik Pergigian Kuala Lipis


Scaling gigi memang sakit la. Rasa nak tendang je dentist tu bila gigi kita kena robek. Hahaha. Entahla kalau berkaitan gigi ni memang semua jadi sakit. Seram betul nak jumpa dentist. Tapi tu la ditakdirkan banyak betul masalah gigi.


Pagi tadi Cie pergi ke Klinik Pergigian Kuala Lipis. Waktu Cie sampai tadi hanya ada 2 orang pesakit je. Mujur tak ramai. Cie serahkan memo di kaunter dan staf bertugas minta IC dan meminta untuk Cie tunggu sebentar.


Tidak lama kemudian, staf kaunter tadi memanggil Cie dan menyerah IC dan sekali lagi meminta Cie tunggu untuk dipanggil. Selepas tu ada staf dalam bilik rawatan memanggil Cie. Staf tersebut mengambil tekanan darah Cie dan meminta Cie untuk menandatangani consent untuk mendapatkan rawatan. Kemudian staf tersebut meminta Cie tunggu di luar sebentar.


Tidak lama menunggu nama Cie dipanggil. Datang seorang dentist yang agak muda dan Cie rasa mahu baru. Dentist tersebut mula dengan memeriksa gigi terlebih dahulu dan barulah dentist memulakan rawatan scaling gigi. Mulanya risau juga takut sakit.


Rupanya tak sakit pun. Cuma ada rasa ngilu sikit je masa dentist gunakan alat ultrasonik tu. Tengok gaya macam dentist baru jugak ni macam tak berapa mahir melakukan rawatan. Pelik jugak sebab sebelum ni kalau scaling gigi memang azab betul dan banyak darah.


Maybe antara karang gigi takde sangat atau dentist tak proper buat scaling. Tapi Cie rasa faktor karang gigi kurang. Maybe la taktau juga. Masa siap rawatan tu biasa la dentist pesan untuk kerap floss gigi. Dentist ada kata ada sikit karang gigi di bahagian yang susah nak gosok tu. Tu jela. 


Selesai je rawatan dentist minta tunggu di luar untuk beliau serahkan memo pula kepada Jabatan Bedah Mulut untuk memaklumkan scaling gigi telah dibuat pada hari ini. Lebih kurang sejam saja tempoh dari mula mendaftar sehingga selesai rawatan. Bayaran percuma sahaja sebab Cie menggunakan GL kakitangan kerajaan.

scaling gigi sebelum minor oral surgery
sementara menunggu boleh la tengok gigi-gigi tu. hihi


scaling gigi sebelum minor oral surgery
memo dari Klinik Pergigian Kuala Lipis kepada JBM


Settle dah berdebar part 1. Ada lagi sesi berdebar final minggu depan 23 Januari 2024. Semoga dipermudahkan dan proses minor oral surgery akan berjalan lancar dan selamat semuanya. Aamiin.

6 comments:

  1. Berkaitan dengan minor surgery gigi ni seram. Dengar pun dah seram. Terasa ngilu dansakit sekali baca entri ni. Semoga emuanya lancar next week.. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seram kalau bab gigi ni. Aamiin. Terima kasih 😊

      Delete
  2. Saya pun cukup seram kalau ada appointment dengan dentist. Tak pasal-pasal tekanan darah mencanak-canak naik sebab ketakutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh buat rawatan la kalau BP high. Hihi

      Delete