Ayam Gepuk Pak Gembus Temerloh - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 4 February 2024

Ayam Gepuk Pak Gembus Temerloh

Selesai je urusan ambil my new car kat Honda Temerloh, husband ajak lunch kat Ayam Gepuk Pak Gembus Temerloh. Masa kami sampai tu full house. Rezeki kami masuk queue je ada meja kosong. Cepat-cepat suruh anak-anak duduk.


Ayam Gepuk Pak Gembus Temerloh


Konsep order makanan kat sini kena order kat kaunter dan ambil makanan sendiri. Masa kami queue tu staf situ cakap kena tunggu nasi masak 30minit. Kami on jela dah alang-alang masuk situ dah pun. Order jela dulu.

Ayam Gepuk Pak Gembus Temerloh

Kami order Set A 2 set untuk anak-anak ayam crispy dan sambal biasa. Cie order Set B ayam crispy dan sambal biasa. Husband order Set C ayam crispy dan sambal pedas. Air kami ambil semua jenis tu dapat rasa semua.


Ayam Gepuk Pak Gembus Temerloh


Ayam Gepuk Pak Gembus Temerloh


Ayam Gepuk Pak Gembus Temerloh

Kedai Ayam Gepuk Pak Gembus Temerloh ni memang sentiasa full je. Patut la nasi cepat je habis. Tak lama pun kami menunggu makanan siap. Sempat pa berborak, ambil gambar. Sedar tak sedar je nombor naik.


Ayam Gepuk Pak Gembus Temerloh
Set A ada sayur je


Ayam Gepuk Pak Gembus Temerloh
Set A


Ayam Gepuk Pak Gembus Temerloh
Set B ada sayur, tempe, tauhu


Ayam Gepuk Pak Gembus Temerloh
Set C ada kobis goreng

Order sambal biasa pun pedas. Anak-anak tak habis makan. Cie pun separuh nasi bagi husband. Masa mula makan tu ok je. Dah nak habis tu baru rasa pedas. Husband order sambal pedas enjoy je makan. Cie tu sebab tak larat mengunyah. Haha. Sejak dah buang gigi geraham belah kiri tu, banyak kunyah belah kanan. Ada masa sakit gigi tu.


Air biru tu sedap. Nama Bali Blues. Air oren macam tawar sikit. Honey dew tu si kakak yang request. Masa mula masuk kedai tu dia nampak ramai orang order air tu. Teringin la agaknya.


Ayam tu best crispy. Dah macam ayam KFC dah. Kobis goreng tu ada rasa kicap. Digoreng kering macam tu. Husband suka la.

20 comments:

  1. Hari tu pun 1st time dpt kobis goreng.. Eh, tak bekenan pulak rasenya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sama la kita cie try rasa tak kena tekak. husband suka pulak dia.

      Delete
  2. Tak pernah cuba walaupun dekat..

    ReplyDelete
  3. Haaaa...pedas kan sambal biasa....agaknya cili tu jenis paling pedas kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak ingatkan biasa tu manjah2 je pedasnya. rupanya pedas la jugak.

      Delete
  4. 30 minit tu memang baru jerang nasi tu, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye memang baru masak. Tapi tak sampai 30mins pun.

      Delete
  5. Sambal dia yg biasa pun pedas. Bayangkan yang pedas macam mana pulak pedasnya?....Tak tahan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul. Ingatkan biasa tu manjah2 je rupanya pedas jugak. Yang pedas dan sangat pedas tu taktau nak kata la.

      Delete
  6. Replies
    1. Eh bukan orang Temerloh. Datang je ke Temerloh ada urusan kereta. Saya orang Kuala Lipis.

      Delete
  7. adik ipar pernah bli tp sbb kita tk tahan pedas so tk minat sgt la..tp tgk org mkn terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Cie pun baru nak try je. Takdela rasa nak repeat.

      Delete
  8. Warna-warni airnya. Cantik.
    Saya kalau makan pedas, mesti nak minum air panas nak hilangkan rasa pedas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye warna warni menarik nak order semua warna. hihihhi

      Delete