Hari ni kelam kabut sikit banyak betul kerja dari pagi. Sebelah pagi kena uruskan persampelan makanan untuk dihantar ke Makmal Keselamatan Kualiti Makanan di Mentakab. Lepas tu banyak la kerja hakiki lain tertangguh. Tu yang petang tadi balik lambat tapi sempat jugak masuk kitchen masak Tomyam Putih Dan Telur Dadar.
Masak yang simple dan mudah je. Asalkan masak sendiri. Jemu dah beli makanan bungkus melainkan terdesak baru la bungkus atau makan luar.
Menu Tomyam Putih Dan Telur Dadar jela untuk dinner hari ni. Kebetulan ada lebih mi kuning buat mi goreng pagi tadi untuk bekal anak-anak. Cie jela yang makan mi tu kang letak kuah tomyam tu.
Dah siap masak tadi kakak Raisha bagitau atok bagi buah mangga. Atok ni jiran kami selang 3 buah rumah. Anak-anak panggil Atok. Pokok mangga tu depan rumah atok je. Selalu Cie lalu nampak berjuntaian je buah mangga tu. Selalu cakap dalam hati atok ni taknak bagi ke mangga tu. Rezeki dapat hari ni.
Depan rumah Cie dulu ada jugak pokok mangga tapi kami tebang sebab akar dia tu dah pecahkan longkang lepas tu banyak kerengga pulak tu, dengan daun kering lagi banyak gugur. Tak berapa rajin nak menyapu. Menyesal pulak tebang. Hahaha
Singgah sebentar :)
ReplyDeleteNak buah mangga tu =D
ReplyDeleteBesar² buah mangga Atok bagi tu... Nampak macam manis buahnya 👍
ReplyDeleteSedapnyaaaaaaaaaa
ReplyDeleteManis nampaknya ya kak 😄. Kalo pohon mangga di rumah mama saya unik sikit. Saat mama papa msh ada, tak pernah berbuah sekalipun. Dah terpikir nak tebang. Trus saat mama meninggal pula 2021, berbuah selebat2nya. Manis pula. Sampai kdg bingung nak bagi siapa lagi 😅
ReplyDeletemasak tomyam wajib ada telur dadar..yummyyy
ReplyDelete