MENU RINGKAS SAHUR
Alhamdulillah tahun ni kita berpeluang lagi untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan 1441H. Macam biasa la kan bila sebut puasa ni kita pasti akan bangun sahur. Macam Cie masa zaman bujang selalu makan sebelum tidur. Waktu sahur bangun untuk minum je. Memang tak biasa makan sahur. Kalau makan sure melepek bila masuk tengahari.
Sejak kenal Shaklee memang bersahur dengan Cinch Shake / ESP, Cinch Tea dan Performance Drink.
So jom kita tengok apa MENU SAHUR MUDAH DAN CEPAT untuk korang sediakan sepanjang bulan Ramadhan.
MENU SARDIN
Gambar: Google |
MENU IKAN BILIS
Gambar: Google |
Menu ikan bilis juga antara yang sangat mudah disediakan. Macam-macam menu juga boleh disediakan. Antaranya ikan bilis goreng, ikan bilis goreng taucu, ikan bilis sambal, ikan bilis goreng tempoyak, sambal lodek lipis dan pelbagai jenis lagi la yang boleh dibuat dengan ikan bilis ni. Sekejap je tak sampai 10 minit siap dah. Makan dengan nasi panas-panas boleh bertambah la walaupun mengantuk kan. Korang boleh juga buat sambal hitam pahang lebih awal. Sebab sambal ni tahan lama.
MENU TELUR
Gambar: google |
Telur ni pun sama memang menu paling famous waktu sahur. Pelbagai jenis menu boleh dibuat menggunakan telur. Telur mata lembu goreng kicap, telur mata lembu goreng sos, telur rebus goreng kicap, telur rebus goreng sos, sambal telur, telur dadar, kari telur, masak lemak telur dan macam-macam lagi la. Tersangat mudah dan cepat disediakan.
Kebiasaanya 3 menu ni jela yang sangat mudah dan cepat disediakan. Sejak dulu Cie memang takde pengalaman bangun masak sahur. Memang tak makan sahur. Sampai dah lepas nikah pun husband bukan jenis makan nasi waktu sahur.
Menu sahur Cie lagi mudah dan cepat disediakan. Biasanya Cie akan sahur dengan:
Ni je menu sahur Cie setiap hari. Cinch Shake tu ada masa Cie minum perisa Vanilla atau Cafe Latte.Gilir-gilir jela nak ubah selera kan. Kadang-kadang Cie mix dengan Cinch Tea. Performance Drink pulak ada masa minum perisa Lemon Lime atau Orange. Ni jela Cie repeat setiap hari sahur.
Tak bosan ke? Tak sebab dah biasa dan sangat mudah disediakan. Kalau terlajak bangun sahur pun masih sempat nak shake je.
Cinch Shake: minuman ni mengandungi protein yang membantu memberi rasa kenyang berpanjangan dan tenaga segera. Memang minum takde rasa lapar, memang sentiasa bertenaga je sepanjang hari walaupun biasa buat macam-macam kerja.
Cinch Tea: biasanya Cie minum ni untuk elak mengantuk kalau petang-petang kat office. Cinch Tea ni dapat memberi tenaga kepada lagi-lagi bulan Ramadhan kita terpaksa menahan lapar dan dahaga seharian kan so Cinch Tea ni sangat membantu la. Mengantuk memang sudah tentu tidak. Selalu lepas sahur memang tak tidur dah.
Performance Drink: sangat membantu mengurangkan rasa dahaga. Juga menyeimbangkan kandungan air dalam badan tidak terlalu kering dan tidak terlalu banyak. Atlit pun minum air ni tau.
paling senang, memang menu telur ...
BalasPadamhehe.