Bos Belanja Kopi

Hari ni Cie ada sesi CCE (Continuous Catering Education) untuk staf bermula 11.15am tadi. Lepas je siap buat CCE tu masuk bilik bos kejap nak tengok aircond leaking tu tiba-tiba bos bagi air ni.


Nah kak katanya ada notes sekali tu sempena new car katanya. Hihi. Sweet betul bos ni. Terima kasih banyak selalu belanja kopi. Kadang-kadang Tea Live, kadang-kadang Zus, kadang-kadang Bubble Bee. Bos suka kopi, Cie pun suka kopi. Geng la kami ni.


Bos Cie ni muda lagi. Kira adik-adik jela. Baru juga lagi masuk kerja. Freshie baru masuk kerja kerajaan. Sebelum ni kerja swasta. Walaupun kita ni dah tua, bos muda kita tetap kena hormat bos kita.


Dikurniakan bos yang baik-baik ni pun rezeki. Alhamdulillah rezeki Cie dapat bos semua baik. Dah masuk 12 tahun kat Lipis ni ada 4 orang bos dah termasuk yang sekarang. Cie masih jugak di sini. Hahaah. Sampai ke pencen la nampaknya tak tukar dah. Hari tu pun ambil TBK je taknak tukar.