Pasar Malam Kuala Lipis

mee goreng kuali pasar malam

Setiap Hari Jumaat sebelah petang hingga malam ada Pasar Malam di bandar lama Kuala Lipis. Boleh kata setiap minggu la kami akan terjah ke Pasar Malam Kuala Lipis ni. Senang nak beli apa semua ada je kat sini. Kalau dah jemu taktau nak beli apa tu baru la masak atau makan kedai.


Kadang-kadang bosan juga taktau nak makan apa. Semalam husband sorang je pergi pasar malam. Entah tiba-tiba rasa malas nak keluar dah lepas balik kerja tu nak baring tergolek je kat rumah. Suruh anak-anak whatsapp je babah order nak makan aa.


Mintak husband beli mee goreng kuali dan popia crab cheese. Makan tu jela dinner malam tadi. Cie tambah goreng telur mata je. Teringin pulak nak makan telur mata dengan mee goreng. Cili jeruk tu memang dapat sekali dengan mee goreng kuali tu. Tak cukup cili jeruk tu Cie tambah cili jeruk homemade pulak makan dengan mee goreng kuali.


Selalunya beli rangka ayam. Tapi biasa la orang lelaki kan. Apa yang disenaraikan jela dibeli. Tambahan lain memang jangan harap la kecuali dia nak makan. Kalau kita orang perempuan ni takde dalam list pun kita beli. Itulah kepakaran kita kan. Hahahah.


Mee goreng kuali pasar malam ni memang sedap. Padahal bahan biasa je. Maybe sebab masak dalam kuali leper gitu kot. Selain dari mee goreng kuali, ada juga nasi goreng, kuey teow goreng dan bihun goreng. Tapi kami selalu beli mee goreng je kat situ. Cuma pernah la beli kuey teow situ.