Cara Buat Cili Jeruk - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 17 January 2024

Cara Buat Cili Jeruk

 Cili Jeruk

Cara Buat Cili Jeruk

Cili jeruk ni memang favourite Cie terutama kalau makan makanan yang bergoreng macam nasi goreng, mee goreng, kuey teow goreng dan lain-lain. 

Bukan tu je. Minggu lepas Cie Sarapan Nasi Dagang pun makan dengan cili jeruk memang sedap. Cie pun pertama kali buat cili jeruk jadi elok. Sebelum ni buat cili jeruk tu jadi lembik la, lepas tu air tu akan keluar benda putih macam berkulat je.

Beberapa minggu lepas staf Cie bagi cili padi ni. Dia bawak balik dari kampung dia kat Mersing. Katanya tanam sendiri. 2 kali dia bagi jadi banyak la. Dah beberapa kali juga Cie buat cili jeruk ni.

So Cie nak share cara buat cili jeruk yang menjadi elok. Mungkin ada lagi yang belum tau dan mungkin ada orang lain buat cara lain. Cara Cie ni senang je.

Bahan-bahan Cili Jeruk

Cili padi
Cuka makan
Garam kasar

Cara Buat Cili Jeruk



Cara Buat Cili Jeruk
Masukkan semua bahan dalam botol



Cara Buat Cili Jeruk
Agak-agak jela sukatan cuka tu


Cara Buat Cili Jeruk
Garam tak perlu banyak just letak sikit je 1 sudu teh je


Cara Buat Cili Jeruk
Ni cili jeruk yang dah seminggu lebih kurang. Masih elok.


Nanti Cie nak try buat cili padi jeruk guna cili besar pulak. Cili padi ni memang best buat cili jeruk tapi jarang jumpa jual jenis ni.

11 comments:

  1. CCL suka juga buat cili jeruk ni . Mudah kalau nak makan bihun goreng ke apa ke .. Ambik jer kan

    ReplyDelete
  2. sedapnye nampak.. buh dalam sup, terangkat.. yumm yumm yumm

    ReplyDelete
  3. husband suka cili jeruk ...MIL pernah buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husb Cie pulak tak suka. Wife dia je suka. Hihi

      Delete
  4. samalah dgn MT... husband sy pun suka cili jeruk... lepas ni boleh la buat sendiri... geram pulak tgk... tq cie share cara buat

    ReplyDelete
  5. jika di kelate ni, cili jeruk sedap ditambah ke dalam mee celup. ada rasa masam2 pedas sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama juga mee celop kat sini memang ada cili jeruk.

      Delete