Menu Berbuka Puasa 10 Ramadan 1445H - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Khamis, 21 Mac 2024

Menu Berbuka Puasa 10 Ramadan 1445H

 10 Ramadan 1445H

menu berbuka puasa 10 ramadan 1445h

Menu berbuka 10 Ramadan kalau ikutkan nak buat ayam goreng tepung bestari. Tapinya sebelum solat Asar tiba-tiba terfikir sedapnya kalau buat ayam goreng bawang putih. Terus la tukar menu. Search resipi ayam goreng bawang putih kat facebook jumpa la resipi Khairul Aming bahan mudah sikit. Resipi lain semua macam-macam letak. Cie ni nak buat yang simple dan tak renyah.


Cie cuma tukar tepung ubi kepada tepung jagung je. Resipi asal KA tu dia guna tepung ubi. Kat rumah ada tepung jagung je. Pun boleh je menjadi jugak. Rangup sedap. Si adik Rania tanya ibu pakai tepung apa rangup. Tepung jagung je ibu pakai.


Nak buat alahai senang sangat. Cie main agak-agak je sukatan. Resipi KA tu untuk 1/2 ekor ayam. Cie buat dalam 8 ketul ayam je. Lebih kurang la kot. Nanti Cie share resipi.


Ayam goreng dah kering so menu sayur kita buat masak lemak kobis bulat. Letak carrot dan cili hijau bagi nampak variasi warna sikit masak lemak kita. Takdela nampak putih je kan. Simple je letak bawang besar dan santan je. 2 jenis cukup la. Tambahan ada sambal hitam dan sambal tempoyak. Menu macam ni pun anak-anak bertambah makan.


Selesai puasa 10 Ramadan. Alhamdulillah.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah... Tp, anak2 linda cnfrm makan ayam goreng je... Hahaha

    BalasPadam
  2. Lemak putih sayur kobis tu kesukaan kita! Lawan dengan ayam goreng memang menambah nasi ni.

    BalasPadam